May 10
Kisah Aku dan Emak..
icon1 nuaeman | icon2 Kenangan | icon4 05 10th, 2009| icon35 Comments »

Pada tanggal 15 Januari 1979 aku selamat keluar dari rahim mak. Walau aku tak dapat ingat apa yang terjadi tapi aku tahu mak bertarung nyawa untuk lahirkan aku. Alhamdulillah tuhan beri aku cukup sifat dan aku menjadi orang terakhir yang keluar dari rahim mak.

Boleh aku kata mak agak garang orangnya tapi dah memang sikap seorang seorang ibu walau macammanapun dia tetap ada sifat penyayang. Masa lingkungan usia 4-5 tahun aku selalu kena marah dengan mak sebab pakai selipar terbalik.  Masa kakak aku pergi sekolah akulah yang banyak menghabiskan masa bersama mak. Duduk kat bawah pokok pelam teman mak belek beras.

Bila dah pandai berkawan dengan teman-teman sekampung adakala aku main dari pagi sampai petang tak balik. Mak cukup marah masa tuh.. maka kata “Kalau dah tak reti nak balik, engko ambillah kain baju semua bawak kepantai.. duduk sana” Huhu.. masa kecik-kecik dulu aku memang ada rumah atas pokok kat pantai.. itu yang syok sangat sampai tak ingat nak balik.

Masa zaman sekolah aku ingat sangat mak suka beli roti burger kemudian buat ala-ala benjo utk aku makan dan juga bawak bekal. Masa sekolah menengah mak selalu bungkuskan nasi dalam surat khabar beralaskan plastik. Lebih kurang macam beli nasi bungkus kat kedailah. Aku yang mintak mak buat macam tu.. Senang.. lepas makan terus buang jee. Seronoknya kalau mak masak lauk ayam. Yelah ketika tu bukan selalu pun dapat makan ayam.

Rindu betul kat mak masa mak ngan abah pegi haji. Pada ketika tu cikgu mengaji aku buatkan majlis khatam al-Quran untuk aku dan rakan-rakan sekampung yang lain. Sedih jugak orang lain datang dengan mak tapi aku datang sorang-sorang jee.

Masa aku tinggal kat asrama sekolah vokasional di JB dan kena keguguran rambut yang teruk. Mak sanggup  datang dari Mersing dan buatkan minyak kelapa untuk aku. Cukup kuat bau minyak ni tapi sebab mak dah buatkan aku tetap pakai jugak.

Masa aku dapat tawaran sambung belajar kat Kelantan. Mak tak berapa nak bagi sebenarnya sebab jauh sangat tapi bila aku ubah fikiran untuk pergi juga. Mak tetap buat persiapan untuk hantar aku. Carikan kenderaan dan siapkan segalanya. Dengan duit meniaga kuih sahaja mak boleh support aku belajar selama tiga tahun.

Masa aku nak bermula kerja dan perlukan motor mak sanggup keluarkan duit untuk tampung beli motor supaya aku senang nak pergi/balik kerja. Walaupun motor tu motor second hand sahaja ia tetap berharga buat aku.

Pernah aku merajuk dengan mak atas sebab-sebab tertentu dan mak juga marahkan aku. Dua tiga bulan juga aku tak balik kampung tapi masa aku nak ke Kelantan untuk beli stok perniagaan aku, sempat juga aku singgah sekejap ke kampung mohon maaf dengan mak. Balik dari Kelantan aku singgah lagi sekali kat umah lebih kurang dalam pukul 5 pagi. Walau marah camanapun mak tetap dengan sikap penyayangnya.. pagi-pagi buta tu mak sanggup bangun dan buatkan makanan untuk aku dan kawan-kawan sebelum aku menyambung balik perjalanan.

Jantung aku bedegup kencang bila satu kali tu mak telefon aku dan mak kata ” Mak nak mintak maaf dengan anak-anak mak..” ketika tu memang mak demam teruk dan aku cukup risau. Lepas tu setiap panggilan dari kampung sentiasa buat jantung aku berdebar. Alhamdulillah umur mak masih panjang..

Sekarang usia aku dan menjangkau 30-tahun dan fizikal mak juga dah semakin dimamah usia.  Berjalan pun mak tak berapa larat. Solat pun mak tak dapat nak duduk dengan betul lagi. Aku tak tahu berapa lama lagi aku diberi kesempatan untuk bersama dengan mak. Pengorbanan dan jasa mak memang tak dapat nak aku balas. Aku harap dipenghujung usia mak ini aku dapat sentiasa membahagiakan dia dan jauh sekali menyakiti hati Mak..

Selamat Hari Ibu mak…

May 6

Setelah terduduk sekejap waktu kesemua skim pelaburan internet yang aku sertai tidak lagi membuat bayaran seperti biasa. Aku mula cuba- cuba mencari-cari apakah peluang-peluang yang bagus untuk menjana wang di internet.  Pelbagai perkara aku cuba usahakan.

Pertamanya, aku teringat balik program yang aku sertai di intrena.com dan aku cuba promosikan semula link affiliate aku. Malangnya pada ketika itu dan banyak pula program seumpama tu di internet dan usaha aku langsung tak membawa hasil. Aku cuba pulak program “Get paid to read mail” . Adeh! menggigil jari dok klik email-email yang masuk tapi dapatnya adalah dari 0.01 hingga 0.02 sen, nak cerita kat orang pun segan.. huhu. Masuk jugaklaa beberapa sen ke akaun E-gold aku tapi untuk beli ubat gigi pun tak lepas duit tu…

Aku tak putus asa dan masih lagi mencari peluang untuk menjana pendapatan secara online. Terjumpa pulak dengan satu sales letter pasal hantar email dapat duit. Aku tengok harga untuk dapatkan laporan yang kononnya ada langkah-langkah bagaimana nak jana pendapatan secara mudah di internet tu adalah RM 10 sahaja. Tak kisahlaa pada aku.. apa ada hal RM 10 maka aku pun belilah. Bila dah dapat laporan tu punyalaa hampeh aku rasa. Rupanya untuk dapatkan duit aku perlu jual balik laporan yang aku dah dapat tu. Mana dia lepas baca laporan boleh terus dapat job dan duit bertalu-talu masuk maybank. Tertipu lagi pakcik.. adeh!. Apapun aku tetap juga cuba jual laporan hampeh yang aku dah terbeli tu. Masa nilaa aku aku belajar-belajar guna freewebs. Tapi sebenarnya bukan aku sorang jee buat macam ni. Bila aku cuba iklankan freewebs aku tadi di ruangan iklan free tempatan macam dekat iklanfree.com tu aku tengok berlambak orang lain buat perkara yang sama. Tak boleh jadi ni.. camne nak dapat sales dan aku juga rasa tak sedap hati sebab macam nak jerat orang lain pulak supaya terkena cam aku. Jadi akhirnya aku tinggalkan juga buat benda-benda bodoh ni..

Dalam masa aku promosikan freewebs aku kat ruangan iklan free tu aku ada terklik satu sales letter pasal ebook Raja Adsense. Nampak macam bagus jee maka aku pun cuba-cubalaa belajar apa itu adsense. Tak cukup dengan itu aku beli buku “Rahsia buat duit di Internet” oleh Saifulsyam dan juga “Blog, Blogger, Blogging” oleh Rosli Jamal. Dari situ aku belajar-belajar buat blog dari blogspot pulak. Dah ok, aku cuba register adsense dan alhamdulillah akaun aku Approved. Aku cuba cari maklumat-maklumat percuma bagaimana nak buat duit dari adsense. Masa tu aku rasa macam senang jee nak buat duit dari adsense. Dalam 2 bulan lebih aku cuba ikut apa yang aku baca dari maklumat-maklumat percuma terkumpul juga dekat $20 dolar adsense aku. Tapi rupanya itu juga berita buruk buat aku.. aku tak pasti pendapatan adsense yang tetiba meningkat tu sebab usaha aku atau orang dengki dan akhirnya akaun aku di “banned”. Argghh!!.. sakit juga hati tapi takpe.. selang beberapa minggu aku cuba apply balik guna nama wife aku. Alhamdulillah dalam masa seminggu akaun tu di approved kan tapi.. hanya untuk SEHARI!!. Esoknya akaun tu dibanned jugak.. Apa lah malang betul aku rasa nasib aku masa tu. Geram pun ada dengan google. Kepala aku jadi buntu tak tau apa nak buat.. keseronokan menjana wang dengan adsense tak kemana sebab aku tak dapat rasa duit tu..

Apa nak buat lagi… kalau aku berhenti. Apa yang aku impikan takkan tercapai maka aku nekad untuk terus mencari peluang.. sampai aku betul-betul berjaya dapat 1 usd pertama di internet.

May 4

Alhamdulillah.. hasrat dihati aku untuk menjana pendapatan dari blog sudahpun terlaksana. Harapan aku rezeki di arena blog akan terus ada. Gembira sebenarnya bila apa yang kita usahakan membawa hasil. Jika diingat-ingat semula banyak perkara yang telah aku lakukan dalam usaha menjana pendapatan dari internet.

Tanpa sedar sebenarnya aku telah bermula menjana wang diinternet pada tahun 2005. Ketika itu aku menyertai satu program affiliate di intrena.com yang mengenakan bayaran RM 30 kemudian  kita akan dilambakkan dengan ebook-ebook yang diri sendiri pun tak larat nak baca. Dengan menyertai program tersebut aku mula mengenali serba sedikit tentang apa itu affiliates. Dari program yang aku sertai ini dapatlah juga balikan modal berserta sedikit untung berjumlah RM 130.

Walaupun begitu jumlah RM 130 itu tidak menyuntik semangat aku untuk terus menjana wang diinternet jadi pada tahun 2006 aku tidak meneruskan apa yang telah aku lakukan.  Tambah pula pada tahun tersebut aku baru bertukar kerja jadi fokus aku lebih tertumpu kepada kerja baru aku dan dunia pendapatan dari internet seakan hilang buat sementara dalam diri aku.

Dalam tempoh setahun aku tak lakukan apa-apa. Internet hanya menjadi tempat untuk aku memuat turun lagu-lagu MP3, mencari berita-berita sensasi dan sebagainya. Sehinggalah pada awal 2007 apabila abang aku cuba mempelawa aku menyertai satu “program pelaburan internet” yang dikenali sebagai Winlifund. Selang beberapa hari salah seorang rakan aku pula menghubungi aku untuk memperkenalkan satu lagi “program pelaburan internet”. Kalau sesiapa masih ingat ketika itu program-program seumpama ini bagaikan cendawan tumbuh.  Dengan mata yang dah dibutakan dengan cerita-cerita duit akhirnya aku sertai juga beberapa program ini. Benar-benar sebagaimana kisah orang buta yang tak pernah melihat gajah maka pada waktu itu aku sangka inilah pendapatan dari internet kerana setiap hari apabila membuka akaun akan ada duit masuk dalam nilai usd.

Memang seronok bila melihat setiap hari ada sahaja wang masuk tetapi semuanya tak bertahan lama. Sedang asyik berkira-kira dan juga memasang angan-angan tiba-tiba bagaikan satu letupan bom bilamana akbar Metro Ahad membuat satu liputan khas tentang skim-skim pelaburan yang dikategorikan haram ini dengan tajuk dimuka depan “Saham Neraka”. Arghh.. bermacam alasan dicari ketika itu untuk menghalalkan apa yang telah sedia haram ini. Seminggu selepas liputan tersebut skim-skim pelaburan ini mula tidak membayar wang kepada beserta. Dari hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan akhirnya aku terpaksa terima hakikat yang duit-duit tu semua dah HANGUS!!!.. Huwaaa.. sakit hati pakcik.. tapi apa nak buat. Ada hikmah juga apa yang telah terjadi kerana dari situ aku mula mencari semula informasi-informasi bagaimana kaedah menjana pendapatan dengan betul.

Dalam tahun 2007 pelbagai perkara aku cuba lakukan sehinggalah aku berjaya meraih usd pertama di internet. Akan aku ceritakan didalam bahagian dua nanti…