Apr 30

Minggu ni adalah minggu yang agak membosankan dan meletihkan untuk aku. Tiba-tiba diserang demam beserta sakit tekak,batuk dan selsema menjadikan permulaan minggu hari tu aku terus terlantar. Tak terdaya langsung nak bangun bergerak kemana-mana. Malamnya baru aku ada kekuatan sedikit untuk ke klinik dan dapatlaa MC dua hari.

Apapun dua hari tu belum cukup untuk aku pulih sepenuhnya. Yang tak bestnya bila nak buat apa-apa kerja pun jadi macam beku kepala otak ni. Apalagi nak update blog. Semalam berejam jugak aku habiskan masa depan komputer . Terima Kasih buat life4hire kerana sudi menjadi teman berbual aku semalam dan salam takhziah juga aku sampaikan buat dia serta penyokong-penyokong kuat Arsenal. Nasib baikla masuk satu jee malam tadi.. kalau tak, dah terus berkubur peluang tuh. Kita tengok minggu depanlaa.. camne nasib anak buah Arsene Wenger eak.

Hari ni kepala aku masih buntu tetapi dah boleh mula menulis sedikit mungkin kerana berita gembira Man Utd menang awal pagi tadi. Bila aku terbaca pulak satu entri di blog rohaizad sekejap tadi maka tergerak dihati aku nak kira berapa jumlah pendapatan dari blog yang telah aku perolehi bulan ini. Kira punya kira tak aku sangka setakat ini yang telah diterima adalah usd 471 dan masih ada lagi 48 usd yang belum dihantar ke akaun paypal aku menjadikan jumlah kasar keseluruhan setakat ini usd 519 ataupun RM 1816.50. Boleh dikatakan melebihi dari sasaran aku yang hanya baru 5 bulan bergerak dengan blog-blog ini. Jumlah ini juga boleh dijadikan  satu motivasi untuk terus fokus kepada mereka-mereka yang baru menyertai Personal Coaching yang dianjurkan oleh Rohaizad.com.

Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat untuk rezeki ini. Pada masa yang sama aku juga menunggu kalau-kalau ada 1 atau 2 jualan masuk di clickbank untuk dapatkan check. Ini semua tidaklaa buat demam aku terus baik tapi sekurang-kurangnya memberi senyuman dibibir aku bagi merancang agenda seterusnya di bulan depan. Banyak lagi yang aku harus pelajari sebenarnya….

Apr 24
Kewujudan Jin dan Syaitan
icon1 nuaeman | icon2 Fikrah | icon4 04 24th, 2009| icon35 Comments »

“Betul ke si Din tu jumpa Hantu Cik Mad?”

Erk! tiba-tiba pertanyaan ini keluar dari salah seorang pekerja bilamana si Din sekali lagi mintak ditukarkan ke shift pagi kelmarin. Mungkin cerita si Din nampak makhluk halus ni dah mula tersebar dan semakin hangat bila seorang lagi pekerja pulak memberitahu yang salah satu tandas terkunci dari dalam malam semalam. Argh.. macam-macam..

Apa yang boleh diperkatakan disini kewujudan jin dan syaitan memang tak perlu dipersoal malah mereka juga makhluk Allah sebagaimana manusia.  Di dalam al-Quran sendiri ada disebutkan tentang makhluk-makhluk ini seperti Syaitan, Jin dan ifrit.  Apa yang difahami dari pembacaan-pembacaan aku sebelum ini makhluk-makhluk ini juga sebenarnya takut kepada manusia tetapi oleh kerana mereka mendapati manusia juga seperti takut akan mereka maka mereka menambah ketakutan itu dengan usikan dan sebagainya. Walaubagaimanapun kita seharusnya percaya segala gangguan dan usikan dari mereka ini takkan berlaku tanpa Izin Allah jadi secara logiknya untuk menanganinya juga kita hendaklah kembali kepada Allah. Salah satu kaedahnya adalah dengan pembacaan ayat kursi.

Jin dan Syaitan ini pula seringkali dikaitkan dengan suasana malam yang gelap. Apakah mereka tidak wujud pada waktu siang? dan mengapa tahap keberanian sesetengah manusia boleh berubah antara malam dan siang?. Dalam masyarakat melayu kita kerap kali terdidik dengan pesan nenek moyang yang tidak membenarkan anak-anak berkeliaran di waktu senja serta malam. Pesan nenek moyang?? tapi siapa.?? mengapa kita jarang diberitahu ianya datang dari Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya ada meriwayatkan bahawa. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

“Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu.  Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.”

Jelas disini malam adalah masa untuk makhluk-makhluk ini berkeliaran melakukan aktiviti-aktiviti mereka. Diantara mereka juga ada yang beriman dan ada yang tidak sebagaimana maksud ayat 11 surah al-Jin:

“Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian.  Adalah kami menempuh jalan yang berbeza.”

Oleh kerana asal penciptaan yang berlainan serta tanpa izin Allah maka manusia tak dapat melihat  rupa bentuk fizikal makhluk-makhluk ini yang diberitakan agak hodoh dan menakutkan cuma dalam beberapa keadaan ada mereka-mereka yang secara tak sengaja ternampak akan makhluk-makhluk ini. Walaupun begitu adakala kita seperti dapat rasakan kehadiran mereka apatah lagi sekiranya berseorangan di waktu malam. Rasulullah s.a.w ada bersabda:

“Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selama-lamanya.”

Jadi walaupun apapun nama diberikan oleh masyarakat melayu seperti toyol, pontianak, pocong, penanggal dan banyak lagi, semuanya adalah tempelan serta jolokan berdasarkan keadaan fizikal yang mereka nampak pada makhluk yang bernama Jin ini. Rasa takut adalah satu fitrah yang ada dalam diri manusia tetapi janganlah keterlaluan sehingga menerbitkan unsur-unsur khurafat.   Asasnya adalah berbalik kepada tuhan kerana mereka juga adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah untuk bersujud kepada-Nya.

“Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)”

(Surah al-Dzariyat : ayat 56)

Apr 22

Nampaknya peluang Manchester United untuk mencipta hatrik dalam memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris semakin hampir. Terima Kasih tak terhingga buat penyerang Arsenal dari Russia Andrey Arshavin yang menyumbang 4 gol dalam perlawanan malam tadi manakala Rafa Benitez serta konco-konconya harus  berterima kasih dengan mamat Israel si Bennayoun kerana sekali lagi menyelamatkan mereka dari kehilangan mata. Citt!

Walaupun seri Liverpool masih berupaya berada dikedudukan teratas liga kerana jurang perbezaan gol dengan Man Utd. Apapaun anak buah Alex Ferguson masih ada lagi dua perlawanan di tangan dan sekiranya menang kedua-duanya United boleh jarakkan diri dengan kelebihan 6 mata. Itupun kalaulah.. kadang diorang nih main dengan team lemau terikut-ikut pulak lemaunya. Tapi aku suka sangat tengok si Benitez serta anak-anak buahnya kempunan piala tahun nih. Hehehe..

Buat penyokong Liverpool jangan mare ok, huh. Walau aku tak suka Liverpool tapi aku tetap respek kat team korang musim ni cuma untuk menang piala tu.. lambat sikitlaa. Nak kata yakin sangat untuk menang  tu tidak tapi peluang nampaknya semakin hampir dan Benitez sendiri mengatakan United sekarang telah berada di “driving seat” bagi memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris. Kita tengok baki 5 perlawanan yang bakal ditempuh Liverpool. Agak-agak ada peluang tak..

25/04/2009 – VS Hull City (Away)
03/05/2009 – VS Newcastle (Home)
09/05/2009 – VS West Ham (Away)
17/05/2009 – VS West Brom (Away)
24/05/2009 – VS Tottenham Hotspur (Home)

Nampak macam semua Liverpool boleh makan tapi dalam bola sepak apa-apa pun boleh jadikan. begitu juga dengan Man Utd, walau peluang dah ada tapi kalau tak menang macam lawan Everton hari tu.. gigit jari juga akhirnya. Ini pulak 7 perlawanan yang bakal ditempuh United.

22/04/2009 – VS Portsmouth (Home)
25/04/2009 – VS Tottenham Hotspur (Home)
02/05/2009 – VS Middlesbrough (Away)
10/05/2009 – VS Manchester City (Home)
13/05/2009 – VS Wigan (Away)
16/05/2009 – VS Arsenal (Home)
24/05/2009 – VS Hull City (Away)

Emm.. perit-perit jugak lawannya walaupun banyak perlawanan di halaman sendiri. Nampaknya kena tunggu sampai habis juga. Mana tau.. Liverpol dengan Manchester United berkira-kira nak menang tiba-tiba je Chelsea yang muncul Juara. Ish!!

Untuk peminat-peminat Liverpool aku bawakan khas drama pagi tadi.. heh

Apr 21

Sejak aku bekerja petang dan balik tengah malam ni selalu pulak aku dengar radio ria 89.7. Sesiapa yang tinggal kat Johor Bahru dapatla dengar stesen ni kot kerana ini merupakan stesen radio Singapura. Masa mula-mula bukak hari tu terkejut jugak bila tiba-tiba dengar orang mengilai. Bila diteliti rupanya memang salah satu slot radio ni yang diberi nama ” Misteri Jam 12″.Phew!

Aku boleh kata slot ni betul-betul mampu mendirikan bulu tengkuk orang yang mendengar.  Aku akui cerita-cerita yang disampaikan oleh pendengar takla semuanya menakutkan tetapi yang bikin orang tak senang duduk ialah dia punya sound effect tuh. Terfikir juga aku DJ nya si “KC” ni boleh tahan disumbat dengan cerita-cerita begini setiap hari. Mungkin kalau yang lepak rumah ramai-ramai tu taklaa terasa sangat tapi bila duduk sorang-sorang dan dengar hilaian tawalaa, bunyi itu, bunyi ini disamping beberapa cerita yang paranormal tu.. tak banyak, sikit ada juga terasa keseramannya. Lagilah aku yang tengah balik kerja lalu jalan kelapa sawit semua ni. Tapi nak alih siran lain macam tak best pulak.. huhu.

Ini salah satu cerita yang boleh kata menarik jugalah..

Ada satu pasangan suami isteri ni pergi memancing dan berkhemah di salah sebuah kawasan bersama-sama dengan saudara mereka. Tempat ni memang biasa orang memancing pun.. jadi ikutkan takde masalah sebenarnya.  Bila sampai disana pun mereka semua buat macam biasa saja cuma apabila dah malam sedikit si suami ni perasan yang isterinya tiada di khemah. Setelah bertanya pada saudaranya, mereka katakan si isteri ni pergi kutip kayu bersama-sama dengan seorang lagi saudara mereka. Jadi si suami ni takdelaa risau mana, cuma cuba menjejaki dimana isterinya mengutip kayu.

Dalam mencari tu nampaklah dia si isterinya sedang mengutip kayu di bawah sepohon pokok agak besar. Cuma yang peliknya di atas pohon pokok tersebut dia ternampak seakan seutas tali yang panjang dan hampir mengenai kepala isterinya. Dia cuba mendekati dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat diatas pokok tersebut ada satu mahkluk yang tergantung dan lidahnya terjeler panjang kebawah dan seolah-olah menjilat-jilat rambut isterinya. Ya Allah! Lantas dia memanggil saudaranya seorang lagi untuk melihat apa yang telah disaksikannya. Tanpa menunggu lama saudaranya melaungkan Azan dan segera memanggil isteri mereka untuk kembali ke khemah tanpa memberitahu apa yang berlaku.

Sampai sahaja di khemah sang suami cuba mengusap belakang kepala isterinya yang dilihat bagaikan dijilat-jilat sebentar tadi dan nyata ianya masih basah. Apabila ditanya kepada isterinya.. jawabnya ” Entahlaa bang.. saya kutip kayu bawah pokok tadi.. mungkin air dari pokok tu agaknya..” Erk!

Ada satu cerita lagi tentang seorang lelaki yang balik kerja lewat malam dan katanya setiap kali beliau pulang beliau perasan ada penumpang yang turut sama mengikuti di tempat duduk belakang. Adeh..! dahlaa aku pun balik tengah malam.. apa punya cerita nih.. huh.. OKlaa cukuplaa tu.. seram jugak aku ni sorang-sorang dalam ofis. Jam pun dah dekat pukul 12 malam. Kalau nak rasa feelnya dengarlaa “Misteri jam 12 – Kalau berani dengar.., takut jangan…”

*Mungkin penceritaan aku ada yang tertinggal atau tersilap.. biasala dengar sekali lalu jee tapi korang boleh kesini kalau nak baca cerita-cerita yang disampaikan oleh pendengar.. banyak tu.

Apr 20

Bukan aku tak percaya pasal bab-bab hantu syaitan ni. Lagilah kalau ianya  berlaku di kilang tempat aku bekerja ni kerana aku sendiri pernah mengalaminya cuma aku hendakkan kepastian bila perkara ni dibangkitkan oleh salah seorang pekerja  ketika memberi alasan mengapa dia tak dapat hadir. Manalah tahu kalau-kalau ianya sengaja direka-reka walaubagaimanapun cerita ni datang bukan dari mereka-mereka yang gemar ponteng. Ada kemungkinan apa yang diceritakan tu betul.. huh!

Minggu lalu salah seorang pekerja kepercayaan aku ada menghubungi aku yang dia tak dapat datang untuk shift tengah malam. Katanya demam dan tiada sebab lain. Minggu ni bila dia bekerja sebelah siang maka adalah kesempatan untuk kami bertemu. Aku tanya sekali lagi ” Haa.. Din,  dah baik demam?”. Jawabnya ” Tak baik betul lagi ikutkan.., sebenarnya malam sebelum tu saya ada nampak sesuatu antara dua bangunan ni.. itu yang jadi tak stabil tu..” ” Erk! nampak apa..?”

jeng.. jeng.. jeng..

Malam sebelum tu lebih kurang dekat pukul 3 pagi saya sedang tarik profile untuk recycle. Sebelum masukkan profile-profile tu ke dalam mesin saya duduklaa sekejap. Masa tu Najib takde, dia tengah buat packing dan kebetulan pulak lampu antara dua bangunan ni tak dibuka. Entah kenapa tiba-tiba badan saya rasa macam seram sejuk jee. Bulu roma naik.. tapi benda ni dah biasa kalau kerja malam cuma mungkin nasib saya kurang baik hari tu. Masa saya toleh jee dekat antara dua bangunan ni.. nampak satu lembaga putih. Dia lalu perlahan jee sehingga hilang dari pandangan mata. Memang betul-betul depan mata saya. Lepas tu saya terus jadi tak tentu arah.. rasa tak sabar nak tunggu pagi. Sampai umah badan dah rasa lain.. huh

Antara nak percaya dengan tidak cerita si DIn ni tetapi dia memang pekerja yang mengikut peraturan dan aku sendiri nak nafikan kewujudan makhluk-mahkluk ni yang sekali sekala menjelmakan diri. Mungkin sengaja nak mengusik. Tanpa menceritakan kepada si Din ni sebenarnya aku sendiri ada terperasan benda yang dia perkatakan ketika sedang gunakan komputer di office beberapa minggu lepas. Masa tu dah tengah malam juga. Aku ingat ada sesiapa nak masuk office berjumpa aku.. tetiba hilang macam tu saja. Seram jugak sebenarnya tapi buat-buat berani je.. heh!

Ada sesiapa pernah mengalami pengalaman yang sama..?

« Previous Entries