Mar 29

Aku memang suka mengimbau kenangan. Mengingat balik apa yang berlaku dulu-dulu sememangnya salah satu kesukaan aku. Mengabadikan segala kenangan itu di blog ini juga adalah kesukaan aku. Oleh kerana itu ada beberapa entri telah aku abadikan disini khas untuk membawa balik kenangan-kenangan menarik yang berlalu pergi tu. Terkadang tanpa sedar dah banyak perkara-perkara yang pernah kita jumpa dulu-dulu iaini zaman kita kecik-kecik dah sukar dilihat sekarang ni. Hari ni aku nak imbau tentang makanan ringan atau senang disebut jajan masa kat kampung dulu. Kalau kakak pergi sekolah ke mesti aku pesan suruh bawa balik jajan takpun kalau ikut mak pegi kedai, ada sahaja yang nak dibelinya. Antara benda-benda yang popular dan aku suka beli waktu tu ialah…

1. Coklat Kiddies

Aku tak panggil coklat kiddies sebenarnya. Kalau dulu aku panggil coklat kandos. Selalu suruh mak aku beli kalau pegi kedai. Aku ada jugak survey-survey kat kedai sekarang dan aku tengok masih ada lagi tapi macam kecik pulak saiznya. Rasanya dulu aku makan cam besar je.. . Kalau makan coklat ni suka aku patah-patahkan biarkan tinggal segiempat yang bertulisan kandos tu jee.. heh!

2. Mamee

Aku tau mamee ni wujud sampai sekarang dan aku masih suka makan pun cuma popularitinya tak macam dululaa aku rasa. Sekarang aku tengok mamee tu macam sikit jee tak macam dulu-dulu. Lagi satu aku suka pegi mamee harga 10 sen yang hancur tu.. rasanya macam dah takde lagi kot. Ada sape -sape pernah jumpa?

3. Kuaci Bunga Matahari

Ini bukan kuaci gurih macam sekarang nih. Plastik dia warna putih dan tulisa dan gambar kat kuaci tu warna hijau. Dalam plastik kuaci ni pun ada macam tikam-tikam. Kalau ada note 20 sen tu maka bolehlaa kita pegi claim ngan tuan kedai. Ada gaklaa yang dapat seringgit. Tapi selalu yang aku dapat “terima kasih” jee.. tak kisahlaa, benda tu sampingan jee.

4. Sagun @ sagu Kelapa

Aku tak tahulaa orang lain panggil apa. Yang aku ingat aku panggil benda ni sagun. Biasanya diletakkan dalam plastik orang buat aiskerim tuh. Masa makan benda ni takleh bercakap. Sebabnya silap-silap bersepai muka orang depan kita. Gangster sekolah pun makan sagun zaman dulu-dulu.. haha

5. Air Pop @ Air Budak

Sesiapa yang melalui zaman 80-an dan 90-an memang ingat air nih. Air ni kat dalam tiub plastik dan Ada pelbagai warna . Kalau keras kita boleh patah dua dan share ngan member . Aku suka beli yang tak berapa keras. Taknak share punya pasal laa ni.. hehe… Kat tempat aku kitaorang panggil air budak ataupun air pop disebabkan kan kotaknya ada tulis ‘pop’. Kat tempat korang panggil apa?? heh!

6. Ding Dang

Sebelum kenal doraemon aku kenal ding dang dulu. Rupanya yang kat kotak dingdang tu doraemon.  Dalam kotak ding dang ni selalunya ada mainan tapi kalau dulu-dulu tiap-tiap bulan ada update kat tv apa hadiah bulan tu. Masa tengok cerita kartun petang-petang tu.. mesti ada iklan ding dang. Makanan dia coklat bulat-bulat. Bukan makan sangat pun kadang. Sekarang masih wujud dan harganya 70 sen. Budak-budak sekarang pun tak berapa pandang dah aku tengok.

7. Tora

“Tora datang lagi dengan…” Haha tiap-tiap petang adalaa muka mat sentol dalam iklan tora dan sewaktu dengannya. Tapi iklan dia melampau-lampau kadang. Bila dah beli.. takdelaa sehebat dalam iklan pun mainannya. Harga Tora dulu RM 1. Hadiah dia biasanya best sikit dari ding dang sebab kotaknya besar sikit.

8.Buble Gum

Ada macam-macam buble gum tak silap aku tapi yang selalu aku makan yang bentuk segiempat dalam bungkusan warna-warni pastu boleh patah 3 dan pada kulit bungkusan tu ada gambar-gambar kartun yang boleh dilekapkan pada tangan macam tatoo. Lagi satu ada yang letak dalam plastik gula getahnya bulat-bulat. Tiga biji tak silap aku dan berlainan warna. Selain tu ada yang berbentuk rokok dan juga yang berperisa buah-buahan macam kat gambar atas tuh.

9. Chickerdis

Chickerdis atau cikerdis sebenarnya dah wujud dulu lagi kemudian setelah lama menghilang ditrampilkan semula sekarang. Dulu apa-apa keropok dalam plastik semua aku panggil cikerdis. Pek dulu ngan sekarang sama jugak warna hijau. Cuma sekarang aku dah tak berapa suka makan macam dulu-dulu.

10.  Nini dan Choki-Choki

Nini makanan biskut yang datang sekali dengan pencecah.  Ada perisa coklat dan kacang. Satu lagi coklat choki-choki.. makan gitu saja boleh atau nak letakkan kat roti pun ok. Kedua-dua benda ni masih ada sampai sekarang tetapi cukup popular masa awal-awal kemunculannya dulu. Semua pengaruh dari iklan petang-petang tulaa..

11. Gula hantu, gula magik dan sweet sour

Aku ingat sangat 3 jenis gula yang popular betul masa aku sekolah agama dulu-dulu. Gula hantu tu yang jenis boleh ubah lidah dan mulut jadi biru, hijau dan merah. Dah macam hapa dah kalau lepas makan. Tak senonoh betul! Gula magic pulak yang meletup-letup dalam mulut.. Rasa ajaib sangat laa tu.. manakala yang sweet sour tu gula yang rasa masam yang amat masa awal makan pastu akan beransur jadi manis bila dah lama dihisap. Pendek kata ada jee gula-gula yang bukan-bukan keluar mesti popular zaman tuh.. haha..

Letih aku nak senaraikan lagi.. cukuplaa 11 kat dalam senarai nih.. korang boleh tambah lagi kalau mahu yang mana mungkin aku ada terlupa nak sebut. Ketika nak membuat entri nih aku sendiri cuba cari jajan-jajan ni kat kedai. Ada yang masih ada lagi tetapi harga dah naik sikit. Apapun ‘feel’nya  tak sama cam dulu..

Mar 26

Di dalam entri sebelum ini aku ada sentuh pasal blog yang memberikan informasi berguna kepada pembaca yang secara tak langsung menganugerahkan pahala kepada pemiliknya. Aku perasan ramai  mereka-mereka termasuk aku yang sebut tentang buat duit dari blog tetapi bagaimana pula dengan istillah “buat pahala dari blog“.

Mungkin atas sebab nilai pahala itu tak nampak maka tak ramai yang terkejar-kejar akannya berbanding dengan RM atau USD. Tetapi sekiranya diamati betul-betul pahalalah yang akan kita bawa sekiranya persinggahan kita di planet bumi ini terhenti. Teringat kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz yang lebih kurang berbunyi begini:

“Sesetengah orang tidak berapa minat hendak cari pahala. Apa yang dia minat ialah hendak cari duit, hendak cari harta. Kepada orang-orang begini, dia kena faham bahawa pahala adalah duit “mata wang” yang sangat berguna bila kita masuk ke dalam kubur”

Bagaimana ya sekiranya nilai pahala yang diperoleh dari blog ini nampak nilainya dan boleh dilihat sebagaimana kita masuk ke akaun Paypal ataupun Clickbank? . Heh! Bangun pagi jee.. “owh semalam ada seorang hamba Allah telah mendapat manfaat dari entri aku yang ini dan pahala aku dapat sebanyak ni.. ” atau “ohoh! pahala aku dapat berganda kerana orang ini benar-benar berubah dari entri yang ini!” ( Berubahnya dia adalah atas izin Allah cuma mungkin sesuatu entri adalah as-sebab sahaja)

Huh! itu hanya jikalau tetapi hakikatnya tidak begitu kerana dengan tak nampak itulah satu motivasi kepada kita untuk membuat sesuatu perkara dengan ikhlas iaini dengan hanya mengharap redha Allah dan andai sesiapa sahaja  mendapat manfaat darinya,  Alhamdulillah…

Aku akhiri entri ini dengan satu lagi pesan dari Tok Guru. Ini adalah Petikan dari buku “Telaga Budi

“Sebagaimana tubuh atas dunia ni berkehendak kepada makan dan minum, maka roh juga berkehendak kepada makan dan minum. Untuk makan dan minum di dunia ini kita terpaksa menggunakan duit untuk membeli beras, petrol, Bayar sewa rumah. Tetapi duit tu tak laku lagi bila sahaja kita masuk ke dalam kubur. Duit Amerika tak laku. Jongkong emas pun tidak laku. Yang laku hanyalah PAHALA.”

Bagaimana pula jika dosa dari blog juga dapat dilihat nilainya.. huhu…

Mar 23

Pernahkah ada terdetik dihati kita andainya ajal menemui kita pada esok hari ataupun sebentar lagi siapa yang akan menyambung usaha menulis entry seterusnya di blog kepunyaan kita ataupun blog tersebut akan terus mati juga sepertimana tuannya..?

Tiada kemaskini dan tiada siapa yang tahu ‘username’ serta katakuncinya maka akhirnya blog tersebut terus lenyap apabila jangka hayat hosting dan domainnya telah tamat tanpa diperbaharui. Paling mengharukan tiada satu pun pembaca blog yang tahu bahawa kita sebenarnya sudah tiada di dunia ini. huh!

Dari itu wujud suatu persoalan sudahkah ianya diwasiatkan dan perlukah blog juga diwasiatkan. Maksud aku diberi tanggungjawab kepada sesiapa untuk memberi kesinambungan kepada mesej-mesej baik yang telah disampaikan oleh sesuatu blog sebelum itu. Secara tak langsung selagi blog itu tidak mati maka segala informasi dan nasihat berguna dari blog tersebut yang dapat digunapakai oleh pembaca boleh menjadi satu Amal Jariah kepada bekas pemilik blog walau mereka tidak ada lagi di dunia ini.

Ini adalah sisi baik bagi pemilik blog yang gunakan blog mereka pada jalan kebaikkan dalam usaha memberi input dan kesedaran kepada pembaca. Bagaimana pula pemilik-pemilik blog yang menghiasi blog mereka dengan kisah-kisah fitnah serta gambar-gambar yang tak sesuai untuk ditatap?. Blog tentang artis contohnya. Apakah faedah yang akan diperolehi dari blog-blog sebegini yang selalunya menjadi medan keji-mengeji para pembacanya seterusnya mampu memberi kesan berterusan kepada pemiliknya walaupun telah mati. Adakah sesiapa yang sanggup mewarisi blog-blog sebegini yang hanya memberikan maksiat jariah kepada bekas pemiliknya??

Berbalik kepada persoalan asal.. sudahkah blog anda diwasiatkan? untuk blog aku secara jujur tiada orang terdekat yang tahu tentang kata kunci untuk memasuki  ‘dashboard’ blog ini. Andai kata hayat aku tak panjang mungkin juga blog ini akan terkubur kerana tiada siapa yang aku pertanggungjawabkan untuk meneruskan usaha aku. huhu..

Bagaimana pula sekiranya blog-blog yang pemiliknya telah tiada tetapi ianya hidup seperti biasa dan punyai entri-entri menarik saban hari?. Siapa pula yang meneruskan usaha si mati tu yek?? heh!

Tuhan punya kuasa.. apa-apa pun boleh jadikan..

Mar 20

Persoalan ini dah lama sebenarnya dan aku selalu  tengok benda ni berlaku pada hari Jumaat bilamana ramai umat Islam bersolat Jumaat di Masjid. Boleh kata pelik tapi benarlaa benda ni..

Selalu sangat aku perasan ramai orang kita macam takut nak pegi saf depan bila ada kekosongan. Yang aku nampak asyik-asyik “sila” “sila” sampai ke sudah. Di masjid yang aku selalu bersolat kadangkala jadi lagi teruk bila banyak saf-saf yang rongak dan putus-putus sebabkan ramai yang tak mahu kedepan. Aiyak…!

Berlawanan kalau kita dengar kisah sahabat-sahabat nabi dulu yang berebut nak ke saf depan. Mungkin orang kita nih dah banyak sangat pahala kot.. jadi mereka lebih suka bagi peluang kat orang lain untuk penuhi saf tu.. huhu..

Mar 18
Suatu Hari di UTM Skudai
icon1 nuaeman | icon2 Pengalaman | icon4 03 18th, 2009| icon31 Comment »

Tengahari semalam aku ke UTM Skudai untuk ambil isteri aku. Memandangkan aku sampai ngam-ngam waktu zuhur baru sahaja masuk maka aku ambil kesempatan untuk solat zohor berjemaah dahulu. Setelah selesai berjemaah aku lepak sekejap di hadapan Perpustakaan.

Aku nampak ada satu meja dibuka berdekatan dengan tangga yang mana selalunya  disitu adalah tempat orang jual buku. Tanpa menunggu lama aku terus sahaja menjengah. Memang betul sepertimana yang aku sangka ada 2 warga Turki sedang menjual buku-buku tulisan seorang tokoh ulamak yang mungkin semakin dilupakan iaitu Bediuzzaman Said Nursi.

Aku memberi salam ” Assalamualaikum brother..” . Salam aku disambut mesra dan kami berjabat tangan. Sambil membelek-belek buku yang dijual kami sempat berbual dan berkenalan. Dia memperkenalkan dirinya dan memberitahu aku bahwa beliau berasal dari Turki. Tak lama selepas tu datang seorang pak janggut memberi salam.. ” Assalamualaikum… Im said from Saudi Arabia..” Kemudian ada lagi salam diterima dan bila ditanya kali ini saudara seislam tersebut adalah dari Kazakstan. Tiba-tiba kawasan itu menjadi penuh seketika dengan saudara seislam dari pelbagai negara. Timbul rasa seronok dalam diri aku bila melihatkan keadaan ini.

Aku terfikir pulak realiti sebaliknya yang berlaku di Malaysia bilamana kita sesama islam disini seakan sukar memberi salam sesama saudara seislam yang sama kulit dan juga sebangsa dengan kita. Kalau adapun setakat pada yang kita kenal sahaja. Kadangkala usahkan memberi salam bahkan senyum pun jauh sekali. Mengapa terjadi begini ya??

Mar 16

Tak tahu apa nak cakap semalam bila melihat pasukan aku di perkotak-katikkan di tempat sendiri. Adeh.. masih tergamam camno Manchester United boleh tewas 4-1 di gelanggang sendiri. Prestasi tengah bagus-bagus tetiba jee boleh kalah mengejut. Kalah besar pulak tuh!

Habis jee tengok perlawanan antara Manchester United dengan Liverpool sabtu lepas ramaila yang bagi sms, mesej kat YM dan ada juga yang telefon semata-mata nak perli aku akibat kekalahan memalukan Man Utd ditempat sendiri. Takleh cakap apelaa sebab aku pun memang kaki panaskan diorang kalau team diorang kalah… hehehe.

Sebagai salah seorang penyokong setia yang telah lama meminati pasukan ni termasuk pernah menjadi ahli kelab One United satu ketika sememangnya kekalahan semalam agak pedih untuk diterima. Segalanya bagai tak kene untuk pertahanan United. Mungkinkah sebab dah berhempas pulas bertahan masa lawan Inter Rabu lepas sampai tak larat nak kejar si Torres dan Gerrard. Aku nampak yang bertenaga dan on-form semalam cuma Tevez, Rooney dan Park Ji Sung. Ronaldo pun dikawal rapi. Dua lagi pemain tengah Carrick dan Anderson nampak kurang berfungsi. Malang buat Vidic yang baru dicalonkan pemain terbaik musim ini bila menjadi petualang untuk gol pertama juga mengakibatkan kekalahan lebih besar bilamana dikenakan kad Merah. Arghh.. Apapun aku masih positif dan mereka masih berpeluang merangkul kejuaraan. Jika tengok pada sejarah dua musim lepas mereka pernah kalah dengan Arsenal tempat sendiri dan tempat lawan semasa musim 2006/2007 kemudian dimalukan dengan cara sama oleh Manchester City musim 2007/2008 tetapi tetap jadi Juara Liga. Jadi apa nak heran tak menang dengan Liverpool musim ni kan.. heheheh

Tengah-tengah hiba semalam aku cuba check akaun clickbank aku. Ahah! ada juga berita yang menceriakan aku apabila satu lagi jualan berjaya dihasilkan. Tak banyak mana komisennya.. cuma $33.88 jee.. oklaa.. kira ada hasil juga dari apa yang aku pelajari melalui produk Puan Lisa tu.. Modal dah lama balik dah pun..  Alhamdulillah.. lagipun lama juga aku tak upload video. Kiranya video lama-lama yang tersimpan di Youtube masih lagi boleh memberikan sales.

Sales terbaru ni buat aku kembali bersemangat untuk terus mempraktikkan teknik video markting dan tentang kekalahan Man Utd aku rasa ok jugak untuk mengembalikan momentum mereka. Mungkin sabtu lepas diorang terlalu yakin kot.. heh..

I Hate Liverpool!! <—- Ayat Rooney nih.. :)

« Previous Entries