Feb 27

Untuk renungan hari ni aku nak berkongsikan satu kisah. Aku tahu..ramai yang dah pernah baca kisah ni dan sengaja akau bawakan balik kesini sebagai salah satu entri aku. Kisah ni hanya rekaan semata-mata tapi boleh buat kita berfikir. Itupun pada mereka yang mahu berfikirlaa.. heh! Takpun anggap sahaja sebagai senda pagi Jumaat..

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil  tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,” jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. “Kenapa begitu bang?” tanya isterinya. “Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula,” jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, “Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku.”

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. “Bang”, bisiknya perlahan. “Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?”

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, “Baiklah, mari rapat kepadaku” isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, “Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja.” Isterinya masih ragu-ragu.

“Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain  kapan yang buruk begitu?” tanyanya lagi. Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang….”

“Astaghfirullah hal ‘aziiiiiiiiiim” isteri Hj.Teepo terus terlentang  kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

*Aiyakk.. lepas mati pun mahu kelentong lagi.. ada hati nak kelentong Malaikat lak tu.. heh! Apapun tak mustahil benda-benda begini berlaku bagi yang cetek iman dan pengetahuan Agama. Kalau tidak.. takkanlaa sampai Ayah Pin dan Ajaran-Ajaran Sesat lain ramai pengikut. Ramai juga yang sibuk menghafal jawapan bagi soalan dalam kubur. Aduhai.. senanglah kalau diri yang bakal menjawab.. tetapi tidakkah mereka tahu yang menjadi jawapa kepada malaikat ketika itu adalah AMALAN.. Jadi.. apakah amalan kita dah benar-benar cukup dan sempurna..??

Fikir-fikirkan…

Feb 26

Daripada terus sakit hati dan jiwa dek masalah yang berlarutan hingga menyebabkan banyak kerja -kerja aku terbengkalai maka rasanya sudah sampai masanya untuk aku mengucapkan selamat tinggal untuk Celcom Berukband.

Baru sahaja aku menghubungi TMnet bagi membuat satu lagi akaun streamyx tanpa penyediaan modem kerana aku telah mempunyai satu modem. Mengikut apa yang telah diterangkan tadi aku hanya perlu membayar RM 75 sebagai caj pengaktifan manakala bayaran bulanan adalah sebanyak RM 66 dengan tiada had penggunaan. Terdapat satu lagi pelan RM 44 bulanan yang mana penggunaan dihadkan kepada 60 jam sahaja sebulan dan sekiranya kita menggunakan lebih dari had kenalaa pulak bayar mengikut kadar yang telah ditetapkan. Masa yang diambil untuk mengaktifkan adalah dari 3 hingga 7 hari bekerja. Emm.. andai tiada apa aral bulan depan bolehlaa aku menggunakan streamyx di satu lagi tempat persinggahan aku.. heheh. Apa nak buat.. huhu

Untuk Celcom Broadband.., entahlah tapi sebagai salah seorang pengguna aku teramat-amat kecewa dengan tahap perkhidmatan mereka. Masalah tu memanglaa akan berlaku tetapi cara mereka menyelesaikan terlalu lembap serta kerap sangat menipu pengguna. Aku telah beberapa kali membuat report dan perlu diingat setiap sen untuk aku telefon mereka juga adalah satu penambahan kos untuk diri aku sebagai pengguna. Yang mereka tahu hanya berjanji sahaja tetapi tidak ada “follow up” yang aku terima daripada pihak mereka. Katanya selepas 7 hari bekerja akan menghubungi aku semula tetapi haram.. aku juga yang perlu hubungi mereka semula. Sehingga kini setiap panggilan yang aku buat tidak sekali pun aku memaki hamun operator yang menjawab kerana pada aku tiada gunanya cuma satu aku mintak adalah pihak Celcom dapat memberikan rebate kepada pengguna kerana masalah yang berlaku sudah hampir 2 bulan. Apakah pihak kakitangan Celcom sanggup memakan DUIT HARAM hasil dari menipu pengguna? . Caj RM 68 sebulan dengan servis yang begitu teruk seharusnya difikirkan semula.Celcom bukankah sudah menjadi satu nama besar di Malaysia. Tak malukan kini dilabel sebagai servis terburuk??

Sebagai salah seorang yang juga mencari makan di Internet , masalah yang dihadapi dengan Celcom juga sedikit sebanyak mencacatkan ” online income” yang aku terima untuk bulan Februari. Apapun aku tetap bersyukur dengan jumlah 198 usd dari blog serta 41 usd dari affiliate kerana ini adalah dua teknik yang aku baru cuba untuk terokai. Moga masalah yang selama ini menghantui aku akan selesai setelah mendapatkan akaun baru streamyx ini. Kepada Celcom, nasihat aku cuba-cubalah belajar untuk mengambil hati pengguna dan jangan hanya pandai menipu dan buat janji palsu. Memang streamyx pun pernah ada masalah tetapi sekurang-kurangnya ada dilaporkan di media dan kalau masalah setempat biasanya akan diberitahu juga. Sebelum ramai pengguna lari eloklah pengusaha Celcom Broadband melakukan sesuatu.

Feb 24

Malaysia oh Malaysia.. sana sini orang bercerita.

Penat soal rasuah masuk pulak cerita gila Kuasa. Macam dah takde cerita lain kat Malaysia ni agaknya . Aku tertanya-tanya juga.. siapa sebenarnya yang gila dan siapa yang nak berkuasa. Yang tahu.. hanya mereka dan kroni-kroni mereka.. ehem-ehem..!

Aku bukan nak beratkan fikiran pembaca dengan masalah politik dan cacamerba negara kat luar sana. Aku tahu dan sememangnya sudah jelak juga dengan kisah-kisah yang berkait dengan RASUAH dan KUASA. Ada yang gila kuasa, ada yang salah guna kuasa,ada yang merampas kuasa, ada yang nak mempertahankan kuasa dan tak terkecuali yang sedang menanti untuk berkuasa. Emm.. Yang kesiannya rakyat Malaysia.. macam dipaksa-paksa pulak untuk dengar semua cerita.. Apa mereka ni semua dah lupa kee siapa sebenarnya yang berkuasa..?

Cerita Rasuah pun tak kurang hebat dan saling berkait sebenarnya.. yang hilang Kuasa boleh beri Rasuah pada yang berkuasa untuk rampas Kuasa. Yang sedang berkuasa ada kemungkinan untuk hilang kuasa atas sebab masalah Rasuah dan salah guna Kuasa. Kalau semua isu pasal Kuasa dah disabitkan dengan rasuah.. tak mustahil mereka yang mendakwa orang rasuah pun boleh terima rasuah dari seseorang yang berkuasa.. Apapun boleh jadi kalau kat Malaysia.. Cuma yang pasti.. yang sememangnya tak rasuah dan gila kuasa hanya Yang Maha Kuasa..

Ada yang kata isu Rasuah dan Gila Kuasa ni semua takde kaitan dengan kita… apa nak sibuk? tetapi kena ingat..bila ramai sangat yang berkuasa sibukkan isu yang panas ni.. maka masalah-masalah kita ni dah takde siapa pulak nak selesaikan. Itu yang sebenarnya aku nak sibukkan. Dari lompat sana lompat sini..  pastu dakwa sana dakwa sini..  dalam diam-diam Rasuah sana Rasuah sini… Masalah Rakyat macam kita takde siapa ambil peduli. Kalau adapun tunggulaa musim mengundi.. itupun 4 tahun sekali.. kecuali kalau ada yang mati dan tarik diri.. emm…

Hai.. Malaysia.. oh Malaysia.. sampai bilalaa nak terus camni..??!

Feb 21

Minggu ini benar-benar mencabar aku apabila aku tak dapat melaksanakan walau satu pun kerja-kerja online. Dari update blog, upload or download file, bersocial di forum, komen di blog-blog, dan segalanya.. Arghh..!! apa kena dengan talian Internet sekarang ni?

Sudahlah Celcom Broandband sehingga sekarang masih belum pulih. Sekarang streamyx pulak buat hal. Sehari mungkin aku boleh cuba untuk bersabar tetapi kalau dah berhari-hari mau sakit jiwa dibuatnya. Aku harap masalah ni tak berpanjangan. Banyak kerja- kerja tergendala dek kerana masalah dengan talian internet ni. Inilah mungkin ujian bagi mereka-mereka yang mencari makan secara online.

Phew!! sememangnya.. tercabar beb!

Feb 18

Dalam perbincangan di radio Sinar semalam Khairil ada bertanyakan pemanggil yang pernah terlibat didalam sendikit Gores dan Menang ni macammana diorang punya kerja. Minah tu cakap biasanya mereka ada spy dari dalam pasaraya dan tengok mana-mana orang baru keluar duit ke..,guna kad kredit ke.., lalu diorang ekori mereka. Pada mereka dah ada segala kelengkapan untuk memerangkap mangsa dan semuanya dah hafal skrip. huh!

Sebenarnya setelah aku terkena tu aku tak berdiam diri jugak. Bukanlah bermakna aku buat laporan polis tetapi aku pegi balik tempat yang sama untuk tengok sendiri bagaimana mereka memerangkap mangsa. Ini kira edisi siasat aku sendiri laa. Siaplaa korang.. aku datang balik!!!

Masa aku tiba kat lokasi yang sama tu aku perasan beberapa budak lelaki cina dan amoi berkeliaran dengan beg dan ada kupon kat tangan. Sah-sahlaa kan ini konco-konco sendikit tu cuma budak yang perangkap aku tu takde kat situ. Beberapa ketika aku kat situ maka aku mula nampak salah seorang dari mereka mula mendekati mangsa iaini orang melayu cam aku jugak dan rakannya yang lain ada yang memerhatikan dari jauh.

Aku perhatikan setiap gerak geri diorang dan apa yang dilakukan sebijik macam aku kena sebab brother tu pun menolak juga tak mahu dan diorang tetap paksa jugak. Akhirnya sepertimana aku, brother tu pun bagi ‘mamat cina hampagas’  tu yang bukak. Wahhh.. lepas dia buka jee.. aksinya tetap samalaa.. excited yang amat. Phew! aku tengok dari dalam kereta bengang semacam jee.. nasib baiklaa negara ada undang-undangkan..

Tak lama lepas tu, salah seorang dari mereka yang mulanya tengok dari jauh mula datang. “Aduhai.. sandiwara camni hari-hari rupanya berlaku.. takde ke orang kesan ni ” Gesa hati aku. Lepas jee mereka berdua cakap cina yang sorang lagi terus ucap tahniah jugak kat abang tu.. bersalam-salam.. ARghh!! aku dah tak tahan.. aku keluar kereta dan…

Aku terus menuju kat arah mereka.. “BULLSHIT!!!” aku jerit kat tengah-tengah diorang. “PEMBOHONG NIH!!” aku cakap kat brother tu. Brother tu tak tunggu lama.. terus jee masuk kereta dan blah. Yang mamat cina dua ekor ni masih tercengang-cengang tengok aku dan aku pulak terus berlalu masuk ke Extra. Masa aku kembali semula ke kereta, aku tengok sampah-sampah tu masih ada berkeliaran mencari mangsa.. Hampas betul!!

Aku teringat balik masa hari aku terkena  ada beberapa brother teksi dekat Extra tu  setakat tengok jee dan aku percaya diorang tahu tentang benda ni semua tetapi apasallaa tak bantu orang-orang kita. Sanggup lepak jee tunggu penumpang.  Bukan nak kata aku Hero tetapi kalau boleh janganlah biar orang lain menerima nasib macam kita dan terus menjadi mangsa.

« Previous Entries