21 Soalan Tentang Buat Duit dan Blog: TAG Lagi??

Posted by | Posted in Santai.. | Posted on 10-11-2008

Satu persatu Tag dituju ke aku.. adei.. macam kena tembak tak berbalas laa plak..  Tag ni aku pernah baca di blog Titan. Masa tu rasa selamat jee sebab aku tak kena. Tapi macam benda tu dipantulkan pulak dan akhirnya kene balik kat aku.. cheh! Dari Titan memberikan ke Raja Kamil dan dicampak lak kat aku.. adei! so tunggu apa lagi.. banyak gak soalan ni.. jawab jee lah kan..

1. Bilakah anda mula berminat untuk buat duit?
Jawapan: Buat duit? Emm.. dari kecik lagi tapi bila dah besar dan banyak tanggungan baru keinginan tu melampau-lampau.

2. Duit atau Awek?
Jawapan: Terus Terang Duit.. Awek..?? emm ko nak rumahtangga aku jadi cam Norman Hakim ke? huh!

3. Anda ada blog? Apa dia URL blog anda?
Jawapan: Ada. http://blog.nuaeman.com

4. Apakah program pertama yang anda sertai di internet?
Jawapan: Program affiliate.. aku dah lupa apa namanya masa tuu tahun 2005.. dapat gaklaa dalam RM 130.

5. Anda pernah berjaya buat duit dari blog?
Jawpan: Dari blog berjaya gaklaa tapi belum begitu memuaskan.. kena mantapkan lagi

6. Bilakah anda berjaya membuat jualan pertama?
Jawapan: Jualan pertama apa ni yek? Ikutkan jualan pertama buku Komik kat sekolah rendah tulaa..

7. Program buat duit manakah yang memberikan anda pulangan yang lumayan?
Jawapan: Program buat duit.. aku banyak sign up tapi kurang aktif.. jadi takdelaa pendapatan lumayan.. aku lebih fokus pada servis je..

8. Anda mempunyai produk sendiri? Nyatakan.
Jawapan: Artikel tu boleh kira produk sendiri tak?

9. Berapakah jumlah keuntungan tertinggi yang anda dapat dari produk anda?
Jawapan: Tak banyak mana.. segan laa nak cakap. :)

10. Adakah anda pernah rugi dan gagal untuk menjual produk anda? Kenapa?
Jawapan: Pernah, kesilapan sendiri.

11. Google Adsense, Program Affiliate atau Produk sendiri?
Jawapan: Produk sendiri

12. Titan atau Irfan Khairi?
Jawapan: Soalan apa nih? bukan dua-dua lelaki ke.. err.. aku pilih memey suhaiza. keh3

13. Siapakah mentor anda?
Jawapan: Depa semua malu nak exposekan diri.. aku hormati keputusan depa

14. Berapakah target anda untuk bulan ini?
Jawapan: Dua bulan terakhir 2008 ni aku tak letakkan target..

15. Adakah anda tahu cara promosi yang bagus? Beritahu 1 sahaja.
Jawapan: Kalau akulaa.. buat komen kat forum dan blog tapi bukan menyepamlaa..

16. Adakah anda seorang penipu?
Jawapan:Tidak tapi kalau ada yang rasa tertipu aku tak taulah..

17. Anda tahu menggunakan teknik blackhat?
Jawapan: Blackhat tu apa?  :D

18. Apakah cita-cita atau impian anda?
Jawapan: Ingin bergerak secara Fulltime dalam Online Bisnes

19. Adakah anda hampir berputus asa? Mengapa?
Jawapan: Pernah, bila ditipu dan banyak kerugian.

20. Jadi, bagaimana anda bangkit semula selepas hampir berputus asa?
Jawapan: Ingat Tuhan dan cuba bina semula keyakinan dengan baca kisah kejayaan orang lain.

21. Adakah anda boleh buat duit sekarang? Sila jawab Ya atau tidak sahaja.
Jawapan: Ya!

———————-

Itu sahaja aku mampu Jawab.. :)

ahah aku nak sampaikan Tag ni pada dua rakan blogger

1. Syedhafiz

2.Ijamidayu

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Qatar Flights Flights to Johannesburg
Find Deals Discount Fares