07
Gadaikan maruah agama untuk 40 usd sehari
Posted by | Posted in Agama, Pengalaman | Posted on 07-11-2008
Sanggupkah korang menggadaikan maruah agama sekiranya seseorang menawarkan gaji 40 usd sehari untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan korang memijak ajaran suci? 40 usd sehari tu.. paling tidak sebulan dah nak mencecah 1000 usd dan dah lebih RM 3000 kiranya di convert ke Ringgit Malaysia kan. Satu sahaja yang perlu dibuat, kerja yang amat simple iaini copy paste tetapi berkenaan dengan maklumat yang menghina Allah dan Rasul. Setiap hari ko buat kerja tu maka setiap harilah wang dimasukkan ke akaun paypal. Sanggup?
Inilah yang berlaku ke atas aku awal minggu ini. Dari minggu lalu aku dihubungi seorang rakan di Forum luar negara yang memperkenalkan aku kepada seseorang bagi membantunya melaksanakan satu projek jangka panjang dan dari awal telah dikatakan habuan yang bakal aku terima memang berbaloi. Aku memperkenalkan diri aku sebagai Ahmad yang mana aku harap dia faham aku seorang muslim.
Dari minggu lalu kami hanya bersoal jawab dari segi kemahiran, masa yang boleh diberikan untuk lakukan kerja, dan soal pembayaran upah. Bila mendengar dari job dengan dia sahaja aku berpeluang meraih lebih 1000 usd sebulan, aku rasa ini satu tawaran yang cukup baik. Walaubagaimanapun aku tak diterangkan secara terperinci mengenai kerja yang bakal aku lakukan sehinggalah pada awal minggu ini.
Aku diberikan satu laman web beserta password. Laman itu nampak cantik kerana ada nama islam didalamnya yang mana aku ingatkan baguslah kalau aku membantu meluaskan info-info tentang Islam tetapi rupanya tidak. Ianya hanya merupakan sebuah laman web yang mempersendakan Islam, Allah dan Rasulnya, Nabi Muhammad SAW. Pekerjaan pertama aku adalah memasukkan gambar-gambar bagi mempersoalkan kewujudan tuhan yang pada masa yang sama mempersendakan Allah. Ya Allah! aku tak terfikir langsung akan diberikan kerja-kerja sebegini.
Di dalam laman web tersebut turut dimuatkan penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW apabila Baginda dikaitkan sebagai seorang yang gila seks, perogol dan banyak lagi yang pada aku cukup menyakitkan. Aku terkedu dan tika itu terlintas dibenak fikiran aku apakah mereka ini fikir kita sebagai seorang Islam begitu murah nilai maruahnya hingga sanggup mereka menawarkan kerja-kerja sebegini kepada kita. Dan andaikata ada seseorang yang begitu terdesak dan memang perlukan wang maka aku pasti akan ada yang sanggup lakukan kerja tersebut. Bagaimana dengan korang? Sanggup korang lakukan.. demi $40 usd sehari.
Aku bersyukur pada saat itu ada seorang sahabat yang sanggup meluangkan masa untuk aku kongsikan apa yang terjadi dan secara tak langsung dia juga tahu tentang kewujudan laman-laman ini. Tak heranlah bila aku lihat namanya juga terpalit dalam salah satu entri. huh!
Saat inilah korang akan rasa peri pentingnya laman laman seperti Inilah Kebenaran dan perlu di perbanyakkankan lagi maklumat-maklumat berguna sebegini. Jika tidak, kita tak berupaya menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap agama suci kita. Sebagaimana berlaku di Indonesia, telah wujud begitu ramai golongan yang anti agama dan perkara ini dah mula menular kesini. Mereka-mereka ini dah mula menjadikan wang sebagai umpan kepada umat islam seperti kita untuk terlibat secara tak langsung dengan projek-projek mereka. Tidakkah korang fikir ini jarum-jarum halus untuk menghancurkan umat Muhammad. Korang perasan tak? Sanggupkah korang melihat maruah Islam tergadai hanya kerana sejumlah wang? Renung dan fikirkanlah..


