Nov 30

Aku pun cam boring skit.. sambil -sambil cari idea ni apa kata layan clip-clip dari Trigger Happy TV nih.. dulu suka gak aku tengok.. rancangan ni lebih kurang macam Just For Laugh jugak. Okeh kita layan..

1. Agak-agak kalau jumpa camni korang langgar terus ke?? Haha

2.Camne pulak kalau berhadapan kes macam nih?

Cukup laa 2 tu kan.. Okeh kita sambung kerja.. :)

Nov 29

Ada macam-macam cara untuk kita menjana pendapatan di Internet ni andai kita tahu menggunakan ruang dan peluang. Apa yang aku ingin kongsikan hari ni bukanlah bermakna ianya mampu memberikan pulangan lumayan. Cuma forum-forum yang aku akan perkenalkan ini sekurang-kurangnya boleh mengisi kantung paypal korang disamping korang berkongsi ilmu dan juga berborak-borak sebagaimana apa yang ditawarkan di mylot. Bagi mereka yang belum menjana sesen pun di internet mungkin boleh mencuba. Ini tak bermakna orang yang dah pernah dapat duit di Internet tak boleh mencuba. Segalanya terpulang.. aku hanya berkongsi maklumat.

1. Build Reciprocal Links Forum

Ini merupakan webmaster forum sebagaimana Digitalpoint tapi tidaklaa sehebat nama DP tu .  Mereka memberikan BRL point bagi setiap aktiviti dan sekiranya mencapai minimum $200 BRL korang boleh transfer ke paypal bersamaan $2. Setiap referral mereka bagi $50 BRL point. Jadi nak capai $200 takdelaa susah mana sangat. Nak cuba boleh cuba.

2.PayPerpostForum

Ini berbeza sikit. Mereka cuma broker sahaja jika korang register sebagai forum poster korang boleh browse job yang akan sentiasa di update pada korang punya account. Pilih sahaja mana-mana posting job yang korang nak buat. Minimum payout adalah $5. Rate untuk Posting job tu antara 0.05 usd hingga 0.25usd atau mungkin ada yang lebih. Aku nampak offer diorang ni baik sikit dari forum-forum lain.

3.Size of Paper

Forum ini juga membayar setiap post dalam bentuk point. Minimum payout ialah $20 yang mana sama dengan 2000 cent. Memang agak tinggi. Korang boleh dapat point dari setiap aktiviti yang korang lakukan. Samada post reply, Post thread baru serta melalui referral. Nampak macam agak letih nak capai 2000 cent tu.. tapi kalau korang kental. Insya_Allah takde masalah untuk dapatkan.

Okeh, cukuplah tiga dulu. Ada beberapa lagi tapi aku rasa point mereka lagi kecil dan sesetengahnya pulak tak menerima paypal. Banyak-banyak pun kalau tak dicuba tak gunakan. Selamat mencuba!

Nov 28

Kita letakkan noktah cerita Ustaz Arief dah Cakranya.. hari ini aku ingin mengulas tentang sebuah buku yang boleh dikatakan agak baru dipasaran bertajuk Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Buku ini ditulis oleh seorang professor yang juga Pengarah UiTM Cawangan Segamat bernama Muhd Kamil Ibrahim dan ianya merupakan satu kesinabungan ke atas sambutan yang diberikan kepada buku Travelog Haji yang juga ditulis oleh beliau. Kedua-dua buku tersebut adalah keluaran PTS publication. Untuk Travelog dakwah ini harganya cuma RM 18.

Setelah selesai membaca buku terbaru tulisan beliau begitu banyak perkara yang terkesan dihati aku. Kejujuran yang disampaikan oleh penulis memang amat menghibakan orang yang membaca. Setiap  rentetan kisah yang aku baca dari buku ini dapat aku kaitkan dengan perjalanan hidup aku. Penulis tanpa segan silu menceritakan kejahilan beliau yang ketikamana usia menghampiri 40 tahun tetapi masih gagal membaca al-Quran tetapi berkat keazaman dan kesungguhan beliau tuhan menunjukkan jalan. Bukan setakat membaca al-Quran tetapi beliau dijemput menjadi tetamu Allah di kota suci Mekah. Disamping itu buku ini juga memaparkan bagaimana kesabaran seorang isteri dalam mendidik seorang suami untuk mendekati tuhan.

Membaca pengalaman Prof Muhd Kamil Ibrahim disamping saranan-saranan beliau untuk sentiasa menjaga solat jemaah, tahajjud, berpuasa sunat dan membaca Al-Quran membuat aku sendiri terfikir betapa begitu banyak ibadah yang umat Islam kini terlepas pandang termasuk aku. Penulis menceritakan bagaimana beliau seorang yang berkelulusan phd tetapi atas dasar mencari kebenaran beliau sanggup untuk bertemu dan mempelajari al-Quran dari seorang yang lebih muda yang juga merupakan pelajar sekolah pondok. Bila membaca isi seterusnya mengenai kisah antara beliau dan guru al-Qurannya yang juga imam itu ada sesuatu yang mungkin memeranjatkan bagi sesetengah orang. Tetapi bila difikirkan balik secara rasional ini biasa berlaku. Prof Muhd Kamil tidak henti-henti mengingatkan supaya jangan lupa memanjatkan doa kepada Allah serta diselitkan sekali kaedah beliau berdakwah dengan rakan-rakan dan juga para pelajarnya.

Secara keseluruhan buku ini sememangnya sesuatu yang amat berharga dan patut dimiliki. Bagi aku apa yang diceritakan oleh Prof Mohd Kamil Ibrahin dari awal hingga akhir buku ini adalah satu cerminan pada diri kita sendiri. Insya_allah sekiranya kita benar-benar menghayati segala kandungan buku ini maka dengan sendirinya hati akan berdetik untuk kembali mendampingi tuhan kerana kita sebenarnya telah semakin jauh meninggalkan apa yang sepatutnya kita laksanakan sebagai seorang hamba Allah.

Nov 27

Siapa mereka ni? . Pernah bersama tetapi kini bermusuh. Seorang kata “saya difitnah” Seorang lagi kata ” Ada orang memfitnah saya” . Hakikatnya dua kali lima . Seorang hebat dan terkenal dengan ilmu perubatan dan kekuatan tenaga dalam manakala seorang lagi tak kurang hebat dengan pemburuan hantu tetapi sekarang beralih kepada Seks. Yang pasti kedua-duanya dah pernah “terkantoi”.

Isu Ustaz Arief kelentong sebenarnya bukan isu baru. Tetapi baru sekarang menjadi panas dan masih lagi belum ada penyelesaian. Dalam hal Uncle Seekers dengan video entiti buktinya pula dikatakan perbuatan pembohongan itu dilakukan Lando Zawawi. Walau apapun yang dikatakan mereka berdua kedua-dua isu tu telah melibatkan duit orang ramai.

Sekarang ibarat buku bertemu ruas apabila kedua-duanya kini saling menyalahi antara satu sama lain sehingga timbul pula kes saman menyaman. Umpama dua penyamun yang berkelahi kerana ketidakadilan pengiraan harta hasil rompakan. Semua orang dapat saksikan bahawa Ustaz Arief ada menyebut beliau difitnah oleh bekas ahli mereka. Mungkinkah orang yang dimaksudkan itu Uncle Seekers?. Nampaknya isu ini tidak akan terhenti disini dan mungkin pelbagai maklumat lagi akan terkeluar di Internet. Orang  ramai hanya akan mampu membuat spekulasi.

Dalam kisah mereka berdua ini nampaknya pihak Cakra Alam memegang tanggungjawab lebih berat kerana gelaran ustaz yang diguna pakai. Tidak cukup dengan pelbagai isu yang telah berlaku melibatkan golongan agamawan dan kini kiranya penipuan itu benar maka Pihak Cakra Alam hanya akan membusukkan lagi gelaran “Ustaz” serta institusi Islam sebagaimana diperjelaskan oleh UZAR di website beliau.

Disini ada petikan akhbar yang melaporkan pergeseran antara Ustaz Arief dan Uncle Seekers. baca dan Nilaikan sendiri.

Pengurusan saman ‘Uncle Seekers’ Nov Depan
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam, menetapkan 26 November depan untuk pengurusan kes saman fitnah RM5 juta Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau Uncle Seekers terhadap pengamal perubatan tradisional, Mohd Arief Mohamed Batcha.

Timbalan Pendaftar, Razman Ibrahim menetapkan tarikh berkenaan dalam kamar bagi pihak defendan yang diwakili peguam Zulkepli Omar daripada Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli, meneliti klausa-klausa tindakan yang telah dikemukakan.

Syed Abdullah melalui peguamnya, Wan Azmeer Wan Majid memberitahu, tarikh pengurusan ini diberikan setelah peguam defendan, SN Nair menarik diri.

“Saya pun tidak tahu bila kes ini akan berjalan (dibicarakan). Peguam defendan asyik tarik diri saja. Masuk hari ini (semalam) dah kali kedua,” kata Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia itu.

Beliau memberitahu, saman fitnah itu difailkan pada 2007 ekoran kenyataan Mohd Arief berbaur fitnah yang menyatakan beliau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pernah mengugut Mohd Arif dengan memaksanya memberikan wang selain mengancam keselamatannya.

Selain itu, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief turut membuat fitnah dalam satu kenyataan di akhbar dengan menyatakan Syed Abdullah bersama tiga rakannya menyamar sebagai anggota polis sehingga menyebabkan Syed Abdullah ditangkap, digari dan direman selain hal berkenaan diterbitkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada 21 Oktober 2006.

“Semua ini berlaku setelah saya mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Kosmo! yang bertajuk ‘Ramai ustaz lebih cenderung memperdaya daripada mengubat – kaya dengan kelentong’.

“Ekoran itu, Ustaz Arief mendakwa saya telah mencemarkan nama baik, menyebarkan keburukannya dengan palsu. Sedangkan dalam kenyataan akhbar berkenaan saya tidak sebut pun nama dia atau nama sesiapa. Kenapa dia perlu terasa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, pengkaji paranormal rancangan seram ‘Seekers’ bagi musim pertama dan kedua yang disiarkan di NTV7 memfailkan saman malu bagi menuntut ganti rugi RM5 juta terhadap pengamal perubatan tradisional atas dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di akhbar.

Dalam penyataan tuntutan, Syed Abdullah mendakwa Mohd Arief pada 25 Oktober 2006 telah mengeluarkan kata-kata fitnah di akhbar The Malay Mail.

Beliau juga mendakwa Mohd Arief sekali lagi mengeluarkan kata-kata fitnah di akhbar yang sama pada 2 November tahun yang sama.

Syed Abdullah juga mendakwa, kata-kata fitnah itu dikeluarkan Mohd Arief setelah beliau (Syed Abdullah) membongkar amalan perubatan yang dilakukan Mohd Arief yang dikatakan palsu dan menipu orang ramai.

Beliau mendakwa, akibat daripada kenyataan fitnah Mohd Arief itu, dia ditangkap dan direman polis.

Nov 26

Aku yakin ramai yang dah mengikuti rancangan 360 yang siarkan oleh TV3 tadi. Kesimpulannya apa yang korang dapat?. Dapatkah diketahui kebenaran disebalik isu ni? Apakah Ustaz Arief menggunakan sebaiknya peluang yang ada untuk menyatakan kepada masyarakat umum bahawa apa yang dibuktikan oleh media korea itu silap?

Apa yang aku lihat, klip soal jawab beberapa minit bersama pemilik cakra alam tadi hanya menguatkan sangkaan orang ramai bahawa beliau memang berbohong melainkan ada lagi kemunculan beliau selepas ini bagi menyanggah dakwaan orang ramai. Mengatakan seliparnya tidak berbunyi hanya satu kenyataan tak berasas seolah-olah mereka-mereka yang menonton video tersebut adalah tuli.  Korang boleh baca rumusan tentang temubual bersama Ustaz Arief secara panjang lebar DISINI.

Satu perkara yang dapat dilihat dengan jelas adalah gerakan badan yang dilakukan oleh Ustaz yang dilabel penipu ni. Kalau sesiapa perasan dalam soal jawab tadi Arief ada memegang hidungnya ketika menjawab soalan bukan? Kalau mengikut hukum psikologi gerakan badan biasanya perkara ni berlaku apabila seseorang itu cuba menyembunyikan sesuatu. Mungkin jika aku nak terus menghukum beliau nampak macam terlalu kejam. Apa kata kita mendapat sedikit ilmu dari seorang pakar psikologi berlesen, Dr. Michelle Roth. Beliau seorang yang cukup popular dalam membicarakan soal psikologi dan sering muncul di televisyen dan Radio Amerika khususnya Los Angeles. Korang pun taknak terus baca bebelan akukan apa kata kita terus tonton video ni dan lepas tu korang nilaikan apa yang dilakukan oleh Ustaz Arief tu.

Beberapa kali aku masukkan video ni tapi link dia ada masalah boleh terus sahaja ke link dibawah ni

body language deceive trick

« Previous Entries