Sep 29

Alhamdulillah.. aku ada sedikit masa dan kekuatan untuk menulis hari ini. Sejak post aku yang terakhir aku diserang demam, batuk dan selsema hinggalah ke hari ini. Tapi hendak tak hendak aku fikir adalah lebih elok sebelum aku bercuti panjang sebaiknya aku coretkan sedikit sepatah dua kata di blog ini.

Esok aku tetap akan berangkat ke Mersing untuk menyambut raya disana. Plannya jam 4 pagi.. tengoklah camne. Aku rasa ramai dari kita yang dah berada di kampungkan..? kalau dikampung talian internet ok mungkin  tak jadi masalah untuk aku update apa-apa cerita yang berlaku kat sana tapi.. korang sendiri taukan.. apa dah jadi ngan Celcom Broadband kat kampung aku.. takkan nak jadi macam iklan Petronas kot..

So oklah.. dikesempatan ini aku sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada semua rakan-rakan cyber, teman-teman seperjuangan, my students, my customer, my staff dan semua yang mengenali nuaeman. Kalau yang berada di sekitar JB tu jemputlah datang rumah. Open house aku tak pasti buat ke tidak tahun ni tetapi yang pasti rumah aku sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak berkunjung beraya ( bukan jual barang aa…)

Akhir kata.. Salam Aidilfitri.. Mohon maaf Zahir dan Batin.. :)

Sep 26

Hari ni dah 26 Ramadhan. Wah.. tinggal 4 hari saja lagi Ramadhan nak ditinggalkan. Sedih jugak, tak tau lagi sempat ke tidak untuk bertemu Ramadhan akan datang. Terlalu cepat masa berlalu.. rasa macam baru beberapa hari melaksanakan ibadah puasa. Tup tup dah nak Raya.. kat office aku sekarang  pun semua dah  dalam mood Raya. Kerja pun dah takde ape sangat  tinggal tunggu nak balik jee nih.. . Tiap-tiap tahun macam tu lah kan.. bila tinggal beberapa hari nak menyambut Syawal dia punya perasaan  dan suasana tu lain macam sikit. Ada yang seronok dan tak kurang juga yang sebaliknya.. jom kita cuba selami satu persatu

Seronoknya Raya…

…Bila Ianya merupakan tahun pertama bagi seorang kanak-kanak yang baru nak mengecapi nikmat hari raya. Bermula dengan percubaan berpuasa kemudian meriah dengan permainan mercun serta bunga api dan kemuncaknya adalah mengumpul duit raya. Kalau boleh semua kampung mereka nak masuk bagi menambah collection.. heh!

…Kalau anda merupakan pasangan yang sedang asyik bercinta. Malam-malam raya dok bergayut lagi.. terasa indah sangatlaa masa tu . Kalau umah tak jauh atau duk satu kampung dah tentu raya pertama pegi umah buah hati dulu. Berbunga-bunga jee hati time-time raya. ceh!

…Bagi Seorang perantau yang dah terlalu lama tak pulang ke kampung samada kerana tanggungjawab kerja ataupun disebabkan melanjutkan pengajian ke luar negeri. Bila dapat peluang balik kampung  time raya dah tentunya amat menyeronokkan. Maklumlah sekian lama tak merasa masakan emak dan juga memohon ampun di pagi raya.

…Bilamana mereka yang bergelar ibu bapa dan sedang meniti hari tua.. mendapat tahu kesemua anak cucu akan pulang ke kampung Raya nanti. Tak kisahlah rumah tu nanti macam nak runtuh jadinya dengan gelagat cucu-cucu. Hati mereka dah tentu gembira. Dah tentu banyak yang akan disediakan untuk menanti kepulangan insan-insan yang bermakna didalam kamus hidup mereka.

Tak Seronoknya Raya…

…Bagi seorang yang salah menggunakan kreativiti yang telah dikurniakan dan akhirnya menjadi mangsa mercun buatan sendiri . Lebih parah bila nak menyambut raya tanpa jari. Adei!

…Sekiranya menjadi pasangan kekasih yang baru putus dan belum ada pengganti.. hehe.. Kalau sebelum ni malam raya bergayut sampai pagi tapi bila dah jadi camni terpaksalah tenung langsir takpun pelita raya kat luar umah tu sampai lena. Pagi raya pun lepak kat umah jee.. kuciwalaaa konon.. poodah!

…Bila terpaksa bekerja bagi melaksanakan tanggungjawab kepada majikan takpun tak dapat balik kerana berada di perantauan. Tambah sedih kalau yang tak dapat balik sebab tiket-tiket bas semua sold out. Huhu..

…Andaikata raya nanti menjadi tahun pertama beraya tanpa IbuBapa atau orang-orang tersayang disebabkan mereka telah pergi dijemput ilahi. Raya akan terus dirasa hilang serinya.. :(   Kalau sebelum ni  aktiviti dipagi raya berkumpul memohon ampun di rumah maka kali ni bertukar pula lokasinya di Pusara.

…Bagi pasangan Ibubapa yang mendapat tahu anak cucu mereka tidak dapat pulang beraya Syawal nanti. Hari raya menjadi sunyi untuk mereka. Ketupat dan Rendang bagai tidak ada siapa yang ingin menjamahnya. Air mata menjadi peneman di pagi Raya.

Mungkin banyak lagi episod suka dan duka dalam menyambut kedatangan Syawal yang aku tak dapat nyatakan disini. Bagaimana pulak dengan korang? Sebelum terlupa adalah lebih elok aku mengucapkan…

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

untuk semua pembaca blog ni.. :)

Sep 24

Selingkar Kisah 20 tahun yang lalu..

Pagi Sabtu tu merupakan hari yang begitu indah dan ditunggu-tunggu bagi sebilangan adik beradik ini kerana si Ayah nak membawa mereka ke pekan membeli baju raya maklumlah 1 Syawal tinggal beberapa hari saja lagi. Bagi mereka hanya masa-masa begini sahaja mereka berpeluang untuk memakai baju baru dan untuk si kakak juga abang, mereka sedia tahu serta faham keadaan ekonomi keluarga jadi mereka tidaklah terlalu meminta.

Dengan berbekalkan gaji si Ayah sebagai tukang kebun sekolah serta ditambah sedikit dengan hasil jualan kuih si ibu ruang perbelanjaan keluarga 7 beradik ini agak terbatas tetapi mereka tetap bahagia dan tidak ada seorang pun dari mereka yang  terabai atau tak cukup makan pakai. Adakala si ayah keluar ke laut untuk memukat. Sekurang-kurangnya ikan dan udang  tak perlu dibeli.

“Cukup ke duit nak beli baju budak-budak tu ayahnya? ” si ibu seakan bimbang andai wang yang di bawa Si Ayah tak mencukupi lalu di tambah sedikit dengan wang hasil jualan kuih. Setelah Si Ibu selesai menyiapkan si adik  maka berangkatlah semuanya ke Pekan bersama si Ayah. Gembira betul anak-anak ini dapat merasa naik bas yang pada ketika itu tambangnya hanya 20 sen. Tidak sampai 20 minit sampailah mereka semua ke Pekan.

Langkah seterusnya bukanlah mencari gedung atau pasar raya besar tetapi cukuplah sekadar kedai baju berhampiran Stesyen Bas. Disitu boleh tawar menawar dan harga pun tidaklah semahal pakaian-pakaian yang berjenama sepertimana terjual di Pasaraya tu. Bagi adik beradik ini asal sedap mata memandang serta berjenamakan “baju baru” atau “baju raya” dah cukuplah untuk mereka. Alhamdulillah duit yang dibawa si Ayah mencukupi. Beratus juga keluar dari dompet lusuh Si Ayah bagi menyempurnakan impian anak-anaknya untuk memakai baju baru raya nanti.

Girang sungguh adik beradik ini apabila pulang kerumah mempamerkan baju raya masing-masing kepada Si Ibu. ” Amboi! dah tak sabar nak raya ye kamu semua” kata Si Ibu sambil tersenyum serta ditemani Si Ayah disamping. “Mak ngan Abah tak beli baju raya ke?” tiba-tiba si adik bongsu bertanya.. semua terdiam seketika kemudian Si Ibu memecah suasana ” Mak dan Abah tak kisah.. janji kamu adik beradik dapat merasa.. nanti Mak ngan Abah belilah..” jawab Si Ibu yang masih tak lekang senyuman dibibirnya sambil diiyakan pula oleh Si Ayah.. Suasana kembali ceria. Untuk adik beradik ini mereka puas kerana impian setahun sekali mereka tercapai dan bagi Si Ibu dan Si Ayah mereka juga puas melihat anak-anak mereka gembira dalam menyambut kedatangan Syawal…

24 September 2008 bersamaan 24 Ramadhan 1429

20 tahun dah berlalu. 7 beradik ini semuanya telah meningkat dewasa. Si Abang dan Si Kakak telah pun berumah tangga dan mempunyai keluarga masing-masing.  Si Adik pula baru sahaja setahun bekerja setelah tamat pengajian di IPT. Dalam menuju kedatangan Syawal ni kesemua mereka masih lagi tertanya-tanya apa yang nak dibelikan untuk dibawa pulang pada mak dan abah. Si Abang baru sahaja menukar kereta baru dan dah banyak juga berhabisan untuk keluarga sendiri manakala Si Kakak pula dah banyak wang dibelanjakan untuk pengubahsuian rumah dalam menyambut kedatangan Syawal. Mereka bukan sahaja tak pasti apa yang nak dibelikan untuk mak dan abah bahkan Raya ni belum tentu mereka akan pulang ke Kampung. Untuk Si Adik pula.. orang baru bercinta.. gaji banyak dihabiskan untuk Si Buah Hati. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut kehadiran 1 Syawal tetapi apa yang nak dibelikan untuk Si Ibu dan Si Ayah yang sanggup berkorban untuk mereka satu ketika dahulu masih belum ada jawapan ataupun mungkin takkan dibelikan kerana bajet yang tak mencukupi.

Di Kampung, dirumah yang sama dimana ketujuh-tujuh beradik itu membesar. Masih tinggal dua tubuh yang semakin susut dimamah usia. Mereka masih tersenyum seperti dulu cuma senyumannya seakan sedikit tawar. Mereka juga masih berasa gembira kerana kesemua 7 beradik itu berjaya dalam hidup mereka serta mempunyai keluarga sendiri. Dalam menanti Ramadhan sampai ke penghujung mereka tidak terfikir atau mengharapkan apa-apa yang akan dibawa pulang oleh anak-anak itu untuk mereka tetapi cukuplah sekiranya Syawal nanti mereka dapat melihat ketujuh-tujuh batang tubuh yang pernah satu ketika menari dan bergelak ketawa sambil menunjukkan baju baru yang dibelikan Si Ayah kembali meriuhkan rumah itu yang sudah sekian lama sunyi…

___________________________________________________________

* Cerita ini adalah berdasarkan gabungan pengalaman dan Imaginasi penulis sahaja.. entah kenapa aku sendiri mengalirkan air mata ketika mengarang cerita ni..

Untuk korang pulak.. dah beli ke apa-apa untuk mak ngan ayah korang? dan agak-agak balik kampung tak raya ni? ( Bagi yang ada kampunglaa..)  :)

Sep 22

Ingat bulan-bulan puasa nih takde aktiviti tag-mengetag. heh! rupanya ada juga.. Dalam aku berjalan-jalan di blog-blog rakan-rakan cyber nih terperasan pulak nama aku pada salah satu entry saudara Muhafis.. alamak aku kena tag ke? Tag ni related ngan zaman persekolahan. Owh nak kena buka sejarah lama nih.,nampaknya aku kena ingat balik satu persatu, emm bagus jugak boleh aku abadikan beberapa kenangan lama kat sini. Yang mana masih aku ingat laa.. :)

5 tabiat buruk dizaman persekolahan..

1. Time dulu-dulu aku suka tengok TV ( sekarang sama jee.. layan DVD tengok TV gak tuh!) so kerja-kerja sekolah ni memanglaa selalu buat last minit. Kalau tak dapat siapkan, esok pepagi datang awal-awal supaya dapat tiru kawan dan andaikata tak dapat gak siapkan terpaksalaa bagi alasan hampeh ” Buku saya tertinggal Cikgu..” Setahun berapa kali tah aku tertinggal buku.. kononnyalaa.. huh! Buruk betul!

2.Main-main dalam kelas. Entahlaa pada satu peringkat aku memang tak serius dengan pelajaran.. banyak main-main. Buat lawak bodoh.. kacau orang. Satu benda yang aku suka buat ialah tarik kerusi budak yang berada depan aku masa dia nak duduk sejurus selepas mengucapkan ” selamat sejahtera cikgu!” atau ” terima kasih cikgu!”. Gedebuk! Wakaka.. macam nangka busuk maa! Agak-agak korang buruk tak tabiat ni? hehe..

3.Tidur dalam kelas.. aduih benda nih aku tak dapat elaklaa.. mata tu berat jee macam ditarik-tarik.  Tak semena-mena aku dah berada di alam lain.. kekadang sampai terkeluar asid yang berbahaya tu. Lena sungguh la tuh. Buruknya hai…

4.Ponteng. Ini selalunya melibatkan sekolah agama.. sebab sekolah agama sebelah petang. Time dulu-dulu kat Johor sistem persekolahan masih lagi Ahad hingga Khamis jadi bila hari ahad tu aku mesti bagi macam-macam alasan kat mak untuk tak pegi sekolah padahal sebab sebenarnya adalah nak tengok citer Kung-fu kat TV2 dan kalau hari Rabu lak sebab nak tengok Kesatria Baja Hitam (ye kee ari rabu.. aku pun lupa dah sikit..)

5.Berbual time cikgu tengah cakap kat depan.. adeh! aku rasa ramai yang buat camni tapi mata cikgu macam nampak aku sorang jee.. maka kenelah berdiri atas kerusi takpun atas meja.. adeh kejam sungguh! Apapun aku memang mengaku memang salah aku yang tak reti diam  time sekolah dulu.Dululaa..  :)

3 Subjek Kesukaan dan kenapa

1. Pendidikan Jasmani – Sebab utama aktiviti ni dah tentunya tak mengantukkan. Paling best bila cikgu bagi kelonggaran buat aktiviti bebas. Perrgh..! syok betullah. Rasanya masa tu slot pendidikan Jasmani seeloknya dipanjangkan lagi.

2. Pendidikan Seni – Aku memang suka bab-bab yang memerlukan daya kreativiti serta imaginasi ni. Subjek ni memberi peluang untuk aku mengetengahkan bakat  dalam bidang seni lukisan. Memang aku sendiri sebenarnya berminat nak jadi Kartunis tetapi itu sekadar rancangan aku saje..

3. Kemahiran Hidup – Subjek yang pada aku senang nak score serta memang menjadi minat aku bila ianya melibatkan praktikal. Paling best bila belajar masak. Masa tu kitaorang belajar camna nak buat laksa penang tak silap aku..

3 Subjek yang aku tak suka dan Kenapa

1. Muzik – Ini masa sekolah rendahlah. Ini subjek paling aku benci sekali. Belajar tiup recorder sampai menjejeh-jejeh air liur sorang-sorang. Salah tiup sikit cikgu tu mesti pintal dada punya. Mak aih! dia punya perit tuhan saja yang tahu. Satu lagi tabiat cikgu ni ialah tarik “side burn”. Apa punya kejam daa..

2. Elektronik(Teori) – Aku paksa diri aku untuk belajar benda ni kerana ini jalan yang telah aku pilih setelah tamat PMR yang mana aku sambung tingkatan 4 dan 5 di sekolah Vokasional. Apapun subjek ini menjadi subjek pilihan aku bila melanjutkan pelajaran ke IPT. Kacang lak masa tu rasanya.. boleh score 4.00 tu.. heh!

3. Geografi – Satu-satunya benda yang aku suka pasal subjek ni adalah melukis peta. Selain pada rasanya tak ada apa yang menarik minat aku tentang subjek Geografi ni. Kenapa? aku sendiri tak pasti.. sebab tu aku dapat C masa PMR kot..

Menarik pada aku

Aku memang boleh kata terer gaklaa bab-bab melukis ni. Apa lagi kalau melukis kartun ataupun komik. Percaya tak aku dah mula bisnes masa aku darjah 5 lagi. Masa tu aku cipta macam-macam komik yang aku lukis hanya pada buku latihan yang berharga 60 sen ketika tu. Duit yang aku dapat tu pulak aku jadikan modal untuk beli majalah Gila-gila, Gelihati dan juga beberapa komik Hong Kong cam Singa Ganas dan Medan Tempur ( Time tu hanya ada 4 saja komik Hong Kong yang diterbitkan.. tak macam sekarang) tak terkecuali komik-komik melayu yang sebesar tapak tangan yang mana sekarang dah tak wujud aku rasa.Kalau time-time raya pulak aku ambil order buat kad raya kartun.

Aku paling suka

Aku paling suka  bekal nasi beserta lauk yang dimasak oleh mak aku dan dibungkus macam nasi bungkus dulu-dulu.. iaini guna plastik dan kertas surat khabar jadi aku tak payah susah-susah nak membasuh bekal lepas makan. Tempat strategik aku makan adalah belakang surau bersama seorang rakan baik tetapi dia dah tak ada lagi atas sebab dijemput ilahi kerana leukimia. Alfatihah buat Arwah Syarafi…

Aku tak boleh hidup tanpa…

Nyawa. hehe itu dah tentu punyakan.. tapi ikutkan zaman persekolahan dulu aku memang minat gila dengan majalah Gila-Gila, Gelihati, Ujang, Fantasi dan juga beberapa komik Hong Kong dan Melayu. Cikgu ada cakap sapa baca Gila-Gila akan jadi gila tapi aku berjaya membuktikan semua tu sekadar mitos mereka.. pernah sampai majalah tu dirampas sebab aku bawak kesekolah. Padahal aku nak baca waktu rehat.. salah ke?

Siapa aku hubungi setiap malam sebelum tidur

Zaman aku dulu memang berbeza dengan sekarang. Aku sendiri tak terfikir yang satu hari aku akan guna gadjet  yang digelar handphone nih. Jadi masa tu takde terlintas nak kontek sesapa. Awek pun takdak. Aku belajar nak berawek ni pun masa dah masuk IPT. Pelik juga bila tengok bebudak sekarang yang kecik-kecik dah ada HP. Aku sampai habis belajar kat Politeknik pun masih guna Public phone.

Kepada Siapa aku nak sebarkan TAG ni

Aku rasa beberapa orang ni sesuai untuk menjawab. Andai korang dah penah jawab harap abaikan jee ok..

Samdaddycool, TitaniumHijau , Rohaizad , AdrySabry, Zariel

Ok.. selamat menjawab :)

Sep 18

Negara kita sekarang ni dah terlalu banyak dibanjiri dengan kisah juga cerita-cerita yang tak pasti kesahihannya. Kalau sebelum ni carta gossip negara banyak dimonopoli oleh golongan artis sahaja tetapi sekarang kedudukan teratas telah diambil alih golongan politik. Wah! satu lagi pencapaian yang hebat dari negara-ku Malaysia.. kerana cerita-cerita yang boleh dianggap half truth ni bukan sahaja jadi tumpuan rakyat negara ini bahkan turut menjadi fokus utama negara-negara luar.

Sekarang cerita Datuk K kahwin lagi orang dah tak endah lagipun bagi aku tanpa Siti Nurhaliza takde apa yang boleh dibanggakan dengan dia tak kiralah lebat mana pun misainya ataupun tebal mana poketnya . Orang lebih tertumpu pada cerita bila Malaysia akan bertukar tangan. Persamaan antara kedua-dua cerita ini ialah keduanya tergolong dalam cerita half truth yang mana kesahihannya masih belum pasti tapi dah digembar gembur kesana-sini. Aku yakin tak ramai yang percaya tapi mereka gemar mengambil tahu kerana orang-orang yang membawa cerita ni memberi mereka peluang untuk berimaginasi. Bukankah orang kita juga sememangnya sangat suka membaca dan mendengar cerita-cerita half truth sebegini? Tak kira samada ianya melibatkan artis,politikus ataupun kisah tahyul.

Aku teringat pada salah seorang pemuda ditempat aku bekerja. Dia diberi jolokan sebagai “Bomoh” oleh rakan sekerja oleh kerana ketaksubannya pada cerita-cerita half truth tentang makhluk halus. “Bomoh” kerap membuat pelbagai andaian tentang kewujudan makhluk halus disekitar kawasan aku bekerja seolah-olah beliau telah mendapat satu anugerah untuk berinteraksi dengan makhluk sebegitu. Apa sahaja yang berlaku akan dikaitkan dengan seribu satu mitos. Bagi mereka yang dah masak dengan perangai beliau akan hanya melayan dan mengiyakan sahaja apa yang diperkatakannya biarpun terkadang agak geli lubang telinga mendengar beliau bersembang.

Bagi yang memang dah kenal si “bomoh” ni mereka tak menganggap dia ni penipu atau pembohong kerana sememangnya mereka juga dah awal-awal kurang mempercayai apa-apa cerita half truth yang disampaikan cuma mereka suka melayan. Bukan apa cerita-cerita “bomoh” ni kadangkala membuatkan otak mereka aktif berimaginasi. Terkadang kalau dia bercuti terasa sunyi pulak sebab takde penglipurlara.. heh!

Kisah si “bomoh” ni sama saja aku rasa dengan kisah orang yang menggemparkan negara dengan cerita half truth berkenaan akan berakhirnya tampuk kuasa sesuatu kerajaan. Bagi orang yang dah mengenali si pemukul canang ni mereka akan melayan sahaja cerita beliau. Sekurang-kurangnya cerita beliau memberi satu peringatan kepada mereka yang memerintah serta untuk kita dah tentu akan terlebih-lebih pulak berimaginasi apa akan berlaku jika Malaysia bertukar tangan, tak kurang juga yang timbul sedikit pengharapan jika ianya benar-benar terjadi.

Pada aku tak perlu untuk sang pemerintah nak terangkan kepada rakyat jelata bahawa pembawa cerita ni penipu atau pembohong kerana mereka sendiri mampu menilai dan juga dah masak dengan cerita-cerita half truth sebegini. Macamlah pulak pihak yang memerintah tak pernah turut sama mencipta dan memaksa rakyat mempercayai cerita-cerita half truth mereka selama ni. Adalah lebih elok mereka bermuhasabah dan koreksi diri serta memperbetulkan segala kepincangan dalam pemerintahan pada ketikamana mereka masih ditampuk kuasa. Manalah tahukan.. adakala cerita-cerita half truth ni boleh jadi kenyataan juga.. ini yang amat-amat ditakuti pemerintah sebenarnya..

Bagi kita.. cerita-cerita sebegini akan datang dan pergi. Kalau pun dah reda cerita yang sedang panas ni.. kita akan berhadapan pulak dengan cerita-cerita lain.. Malaysia ni kan ramai penglipurlara. Kesimpulannya kita sendiri ada akal untuk menilaikan.., jadi layankan aje.. heh!

Sep 17

Aku cuba mengawal diri aku hari ni. Ikutkan perasaan mungkin aku dah mengamuk sakan. Volume suara aku pun dah hampir bertukar ke paras maksima. Mujur aku masih cuma ingatkan diri sendiri yang mana sesungguhnya aku berpuasa serta tak perlu terikut sangat amarah aku ni. Segalanya ini adalah angkara kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di tempat kerja.

Aku cukup-cukup benci politik di tempat kerja yang mana tak kurang jijiknya dengan politik diluar tuh. Oleh sebab itu aku memang menentang apa-apa rupa bentuk permainan politik nih. Dengan itu hari ini bukannya aku nak tunjuk hero kepada para pekerja bawahan tetapi aku rasa ada perkara yang perlu dibetulkan dalam pentadbiran.

Sebenarnya pada minggu lepas ada pekerja yang dinaikkan gaji. Aku tak cemburu soal budak ni naik gaji itu rezeki dia cuma sebagai orang yang turut berada dalam pentadbiran syarikat aku rasa benda ni tak betul. Budak yang dinaikkan gaji ni punyai masalah disiplin tetapi mungkin atas dasar kroni FM (Factory Manager) luluskan kenaikkan gaji dia. Manakala mereka-mereka yang aku rasa lebih berhak dan merupakan aset kepada syarikat seakan tak diendah dan dinafikan hak mereka.

Maka hari ini aku bersemuka dengan FM sendirian dan menyoal beliau atas dasar apa pekerja ini dinaikkan gaji dan atas dasar apa pula mereka-mereka yang lebih berhak ini dinafikan hak mereka. Jawapan yang diberikan amatlah bodoh maka memang benar sepertimana yang aku sangka ini semua permainan politik. “ You tak tahu, dia sebenarnya dinaikkan pangkat , bukan naik gaji saja , I tengok dia from different view” Arghh! ini lebih menyakitkan aku. Naik Pangkat? Hei! kalau naik pangkat sepatutnya nak kena announce dan paling tidak ada memo untuk department yang terlibat. Memang ini satu keputusan yang bebal. ” You tak payah nak explain lagi kerana you memang takde alasan nak bagi pada I, INGAT! kalau you nak naikkan naikkan semua sekali dan kalau tak nak baik semua tak rasa!” aku terus keluar tinggalkan FM yang masih terkebil-kebil.

Mungkin ada yang rasa aku emo sangat. Tak kisahlaa apa orang nak anggap pun tapi aku puas . Inilah salah satu contoh “office politics”. Betapa busuknya permainan mereka yang mana ada yang aku tak dapat nyatakan disini cukuplaa aku kata ianya memang kejam sehingga sanggup menikam dari belakang! Dah nama politik camtulaa kan.. tak kira yang kat luar tu kee atau dalam office. Kesimpulannya ianya memang kotor dan busuk . Bagi yang tak pasti maksud politik mungkin boleh baca cerita dibawah ni.. :)

Makna Politik bagi seorang anak

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan“.

Apa pulak kaitan cerita ni dengan cerita aku? heh.. korang fikirlaa yek :D

« Previous Entries