Kemenangan Anwar Ibrahim dan Sejarah Penubuhan Malaysia
Sepertimana dijangka Pak Syeikh Anwar Ibrahim akhirnya berjaya memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh. Tahniah diucapkan.. tapi perlu diingat kemenangan ini bukan saja-saja.. tuhan kasi peluang untuk Pak Syeikh kotakan apa yang dikata. Sekarang rakyat dah bagi mandat maka pandai-pandailaa jaga dan ingat moga takdelah nanti orang kata Pak Syeikh kita hanya pandai temberang, sebelum ni kehulu kehilir bersurah.. kononnya macam-macam nak dibuat untuk rakyat.. tapi hakikat sebenar Pak Syeikh juga kaki sebat. Ada yang kata sebat takpe tapi jangan liwat.. opss..
Aku tertarik bila Pak Syeikh kata akan membentuk kerajaan baru pada 16 September bersempena tarikh penubuhan Malaysia. Bukan aku ghairah nak ada Presiden baru republik Malaysia tapi tentang ingatan yang diberikan.. Sedia maklum ramai antara kita yang ingat sangat tarikh Merdeka serta menyangkakan itulah tarikh terbentuknya negara Malaysia. Benda ni ada dalam kepala otak pun atas sebab ada sambutan besar-besaran setiap tahun.. cuba kalau takde.. dah tentu nasibnya sama dengan beberapa hari besar umat Islam yang terus makin luput ditelan waktu.
Mengikut Sejarah laungan “MERDEKA” oleh Tunku Abdul Rahman bukan sahaja dilakukan pada tanggal 31 Ogos 1957 tetapi laungan yang sama telah dibuat sebanyak 7 kali ketika penubuhan Persekutuan Malaysia 6 tahun berikutnya di Stadium Merdeka. Diberitakan tarikhnya bersamaan dengan 16 September 1963 ( mengikut sebahagian maklumat dah terjadi hujan ribut pada 16 september tu.. dan ditunda tarikh peisytiharan ke 17 September ). Pada hari bersejarah tersebut Singapura, Sarawak dan Sabah yang dulunya dikenali sebagai Borneo Utara telah secara rasmi bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia sebagaimana yang telah dipersetujui melalui satu perjanjian yang dilakukan di Pejabat Perhubungan Komanwel, London pada 9 Julai 1963. Apapun Singapura telah menarik diri dari gabungan ini pada tahun 1965 maka tinggalkan negeri-negeri yang ada tu sehingga sekarang.
Ini fakta yang semakin dilupakan generasi kini disebabkan tiada countdown serta percikan bunga api pada detik 12 malam 15 September. Tambah buruk bila wujud pemesongan fakta yang menyatakan Malaysia tertubuh pada 31 Ogos 1957. Adei!
Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!



