fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Qatar Flights Flights to Johannesburg
Find Deals Discount Fares

Blog nuaeman

Blog, Blogger,Blogging.. asalkan jangan jadi Goblok!
Random Image

Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!


Archive for August 23rd, 2008


Pesan Jibril Menjelang Ramadhan: Benar atau Palsu?

Baru-baru ni aku banyak menerima YM berkenaan dengan pesan Jibril sebelum Ramadhan.. secara jujur aku menerima permohonan maaf semua tu.. tapi ikhlas ke.. atau sekadar main forward jee message.. nampak orang hantar kita hantar.. tak gitu.. heheh! aku tak ragui tapi kebenarannya ramai umat manusia camtukan.. dan tiada salah aku bertanya..

Berkenaan dengan doa Jibril tu.. sebelum dihantar ada tak kita cuba kaji atau ambil tahu sikit mana datangnya.. atau sekali lagi alasan yang sama aku terpaksa katakan.. sekadar forward.. :) orang hantar kita pun hantar.. huh! Aku pun bukan pakar agama.. cuma terkadang apa yang sampai melalui sms atau YM nih kalau boleh aku nak tahu kebenarannya.. jadi bila diajukan balik soalan berkenaan apa yang dihantar.. sekurang-kurangnya tahulaa apa nak dijawabkan.. jangan pulak jawapannya ” Tak tahu.. aku nampak orang hantar aku hantar je lah.. jangan laa banyak tanya” emm… bagusnya jawapan nih kan.. Sebenarnya ada tiga pilihan bagi kita untuk menghadapi masalah ni sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis :

[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.

[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .

[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih dan selamat disebarkan.

Walaubagaimanapun memohon maaf itu tetap perbuatan yang mulia.. aku tak nafikan cuma apa yang aku ketengahkan adalah perkongsian seorang teman dari seberang tentang soal Doa Jibril ni..juga perbuatan memohan maaf sebelum Ramadhan nih.. jawapan yang diberikan diperolehi dari kitab Sifat Puasa Nabi SAW yang ditulis oleh Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaly dan Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid. Aku tak pasti kitab ni ada kat Malaysia tak.. tapi apapun mungkin kita boleh perolehi dari sumber lain. Ini serba sedikit kandungan isinya berkenaan doa Jibril tu..

Dari Abu Hurairah ra juga, (bahwasanya) Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian berkata, “Amin, Amin, Amin.” Ditanyakan kepadanya, “Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?” Beliau bersabda, “Ertinya : Sesungguhnya Jibril ‘Alaihis salam datang kepadaku, dia berkata, “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan “Amin”, maka akupun mengucapkan Amin….”

[Hadits Riwayat Ibnu Khuzaimah 3/192 dan Ahmad 2/246 dan 254 dan Al-Baihaqi 4/204 dari jalan Abu Hurairah. Hadits ini shahih, asalnya terdapat dalam Shahih Muslim 4/1978. Dalam bab ini banyak hadits dari beberapa orang sahabat, lihatlah dalam Fadhailu Syahri Ramadhan hal.25-34 karya Ibnu Syahin]

Disalin dari Sifat Puasa Nabi SAW, hal. 27-28, Pustaka Al-Haura.

Yang lebih lengkap lagi akan saya salinkan dari buku Birrul Walidain oleh Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas, hal. 44-45 terbitan Darul Qalam.

Ertinya: Nabi SAW naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?” Nabi SAW bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”.

[Hadits Riwayat Bazzar dalama Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)]

Terus terang aku sedikit kurang faham hadis pertama yang dikemukakan.. samada ada tertinggal perkataan atau memang datangnya begitu.. tapi kalau kita perhatikan apa yang dimaksudkan pada hadis diatas tidak ada hubungan dengan keharusan bermaafan sebelum puasa Ramadhan.

Meminta maaf dan memaafkan seseorang dapat dilakukan bila-bila saja, dan tidak ada tuntunan syari’at harus dikumpulkan dulu dan menunggu sampai menjelang bulan Ramadhan.

Ada pula yang mengaitkan masalah ini dengan soal bidaah.. ahah ini menarik.. aku perolehi jawapan Ustaz Ahmat Sarwat dari Eramuslim.com .

Momentum untuk Saling Memaafkan

Secara umum saling bermaafan itu boleh dilakukan bila-bila saja, tidak harus menunggu momentum Ramadhan atau Idul Fithri. Kerana memang tidak ada hadits atau atsar yang menyatakan tentang itu.

Namun kalau kita mahu telusuri lebih jauh, mengapa sampai muncul trend sedemikian, salah satu analisanya adalah bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan penyucian dosa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW tentang hal itu.

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang menegakkan Ramadhan dengan iman dan ihtisab, maka Allah telah mengampuni dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)

Kalau Allah SWT sudah menjanjikan pengampunan dosa, maka tinggal memikirkan bagaimana meminta maaf kepada sesama manusia. Sebab dosa yang bersifat langsung kepada Allah SWT pasti diampuni sesuai janji Allah SWT, tapi bagaimana dengan dosa kepada sesama manusia?

Jangankan orang yang menjalankan Ramadhan, bahkan mereka yang mati syahid sekalipun, kalau masih ada sangkutan dosa kepada orang lain, tetap belum boleh masuk surga. Oleh kerana itu, lebih elok dipastikan semua dosa terampun, maka selain minta ampun kepada Allah di bulan Ramadhan, juga meminta maaf kepada sesama manusia, agar lebih lengkap. Demikian duduk perkaranya.

Maka meski tidak ada dalil khusus yang menunjukkan bahawa Rasulullah SAW melakukan perbuatan saling bermaafan menjelang Ramadhan, tetapi tidak ada salahnya bila setiap orang melakukannya. Memang seharusnya bukan hanya pada momentum Ramadhan saja, sebab meminta maaf itu seeloknya dilakukan bila-bila saja dan kepada siapa saja.

Idealnya yang dilakukan bukan sekadar semata-mata minta maaf atau memaafkan, tetapi juga menyelesaikan semua urusan. Seperti hutang-hutang dan lainnya. Agar ketika memasuki Ramadhan, kita sudah bersih dari segala sangkutan kepada sesama manusia.

Bermaafan boleh dilakukan tak kira waktu, menjelang Ramadhan, sesudahnya atau pun di luar bulan itu. Dan rasanya tidak perlu kita sampai menghukum bid’ah bila ada fenomena demikian, hanya lantaran tidak ada dalil yang bersifat sahih.

Sebab kalau semua harus demikian, maka hidup kita ini akan selalu dibatasi dengan pelbagai perbuatan bid’ah. Bukankah ceramah tarawih, ceramah shubuh, ceramah dzhuhur, ceramah menjelang berbuka puasa, bahkan kepanitiaan i’tikaf Ramadhan, pesantren kilat Ramadhan, undangan berbuka puasa bersama, semuanya pun tidak ada dalilnya yang bersifat sahih?

Lalu apakah kita akan mengatakan bahawa semua orang yang melakukan kegiatan itu sebagai ahli bid’ah dan calon penghuni neraka? Kenapa jadi mudah sekali membuat hukuman masuk neraka?

Apakah semua kegiatan itu dianggap sebagai sebuah penyimpangan esensial dari ajaran Islam? Hanya lantaran dianggap tidak sesuai dengan apa terjadi di masa nabi?

Kita umat Islam tetap mampu membezakan mana ibadah mahdhah yang esensial, dan mana yang merupakan kegiatan yang bersifat teknis non formal. Semua yang disebutkan di atas itu hanya semata-mata kegiatan untuk memanfaatkan momentum Ramadhan agar lebih bererti. Sama sekali tidak ada kaitannya dengan niat untuk merosak dan menokok nambah permasalahan agama.

Namun kita tetap menghormati kecenderungan saudara-saudara kita yang gigih mempertahankan umat dari ancaman dan bahaya bid’ah. Insya Allah niat baik mereka baik dan luhur.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc.

Moga apa yang disampaikan ada manfaat untuk aku dan sesiapa yang membaca. Tak salah jika aku juga ambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf dari korang semua. Oleh kerana mohon maaf ni sinonim ngan Raya dah rasa cam nak masuk bulan Syawal lak eak.. Ish.. Puasa dulu oii!

Salam


’Ajax