Celcom Broadband.. Alangkah Bahagianya..
Dalam dok sibuk-sibuk dua tiga hari nih.., aku baru tersedar yang rupanya hari ni dah 20 Ogos.. Aiseh dah terlepas ulangtahun perkahwinan aku semalam.. wife aku pun bleh ikut sama lupa.. ni semua Celcom broadband punya pasallah.. ish..

Dari Isnin sampai le ke hari nih aku sibuk berurusan dengan Celcom tentang nak mendaftar Broadband.. dua kali ulang alik pasal ada satu masalah besar.. nama aku blacklist.. adeh! camnelaa aku yang seumur hidup tak pernah guna talian Celcom dan Tmtouch boleh tersenarai blacklist lak kat dua-dua servis ni. Dalam kedua-dua perkhidmatan tu.. ada bil yang tertunggak atas nama aku bertahun tak bayar.. argh!! sape laa malaon yang dengan senang lenangnya guna nama aku nih.. camne lak depa boleh tiru signature aku semua… termasuk salinan IC aku.. akhirnya aku tak boleh mendaftar Celcom Broadband.. atas sebab-sebab yang disebutkan tadi.. jadi semalam aku buat pendaftaran sekali lagi atas nama orang umah aku… harap no problem..
Berbangkit isu Blacklist ni.. sebenarnya kes ni dah lama.. dah 4 tahun berlalu.. aku dah buat laporan polis dan segalanya aku dah serahkan pada Celcom.. menurut mereka masa tu kalau takde isu berbangkit maknanya kes ni selesai.. tapi sebenarnya tidak.. adeh.. parah aku.. bila mereka cakap selagi takde bukti aku kena bayar segala bil tertunggak tuh.. eiii.. aku tak tahu nak syak sape.. cuma aku terfikir pasal aku register talian Maxis aku nih kat satu kiosk dulu.. mungkinkah depa yang tak bertanggungjawab ni yang buat.. sebab mereka jelah yang ada segala dokumen pasal aku.. emm.. tak baik lak kan tuduh-tuduh.. kiosk tu pun dah tak wujud.. penin.. penin..
Setelah segala urusan selesai hari ni aku mula mencuba Celcom Broadband yang selamat didaftarkan atas nama wife aku.. mula-mula merungut gak awatlaa.. lembab amat nih.. bila periksa balik.. rupanya aku ter”set” under GPRS so jadilah speed dia tahap dial up.. hampeh! Tapi bila aku dah ubah setting kepada 3G.. ahh.. alangkah bahagianya.. hehe.. akhirnya settlelah masalah aku nak online setiap malam walau kat mana pun.. alhamdulillah…
So malam ni buat pertama kalinya aku melayari internet menggunakan Celcom Broadband.. tamatlah keseksaan aku yang kadangkala terpaksa ke Cybercafe dan kena lak dengan kelajuan internetnya yang lemau tahap gaban.. itu tak campur ngan suasana hingar bebudak main games.. huh! Oleh kerana happy sangat melayari internet guna broadband nih.. aku sekali lagi terlupa nak ajak wife aku makan-makan malam nih.. aiseh.. takpelah.. kita lantak meggi jelah malam ni erk? heh..
Adios..
Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!



