fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Qatar Flights Flights to Johannesburg
Find Deals Discount Fares

Blog nuaeman

Blog, Blogger,Blogging.. asalkan jangan jadi Goblok!
Random Image

Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!


Archive for August 19th, 2008


Mubahalah : Mungkinkah Saiful Dilaknati?

Akhir-akhir ni rakyat Malaysia bagai menerima pengajian bahasa Arab secara percuma dari media arus perdana. Bermula dengan memahami istillah Muzakarah kemudian dibawa ke Muqobalah dan sekarang diceruk manapun orang sedang bercerita tentang isu Mubahalah. Apa dia mubahalah ni? emm.. perlu ke aku menambah satu lagi kelas pengajian kat sini..? huh!

Tersebutlah kisah pada hari Jumaat bersamaan 15.08.2008 kira-kira jam 6.15 petang seorang anak muda yang teraniaya dengan terketar-ketar bersumpah dengan nama Allah bahawa dia telah diliwat oleh bekas majikannya. Sungguh bersimpati aku dengan mamat yang masih mengaku dia “straight” ni. Mana taknya, dah buat pengakuan bersumpah dengan al-Quran pun orang masih meragui lagi. Bukan calang-calang sumpahnya.. nama Allah digunakan.. sanggup dilaknat hingga hari kiamat sekiranya tidak benar. Perggh! Masih ada yang tak percaya lagi…? Nasib ko laa Saiful…

Malaysia ni memang banyak sangat kejadian peliklah.. cuba difikirkan baik-baik.. kes ni tak dirujuk ke Mahkamah Syari”ah.. tapi bab nak bermubahalah ni ikut Islam pulak.. dah bersimpang siur jadinya.. katalah lepas ni yang kene tuduh pulak bersumpah.. Aiyakk!! apa cerita..? sebab aku perhatikan kat Malaysia sekarang ni hal sumpah-sumpah ni dah jadi mainan.. Anak Raja bersumpah, Si Bala bersumpah, Dr yang periksa budak Saiful bersumpah dan sampai Tok Jib pun ikut bersumpah.. apa semua dah kene badi Sumpah Keramat si Mat Ezam ke? aku dengar-dengar pakcik sorang ni pun dah gatal mulut nak bersumpah lagi. adei..! yang jadi lemau rakyat Malaysia seluruhnya.. sebab kene paksa untuk terima semua nih.. nak wat camna.. memang orang kita suka tengok dramakan.. terimalah antara drama paling hebat sepanjang zaman nih!

Tapi dalam banyak-banyak kes bersumpah.. sumpah Si Saiful ni yang paling dasyat.. aku risau kesannya bukan sahaja pada mamat nih sorang tapi seluruh Malaysia.. Aku rasa orang bukannya sengaja taknak percaya dengan sumpah dia tapi cerita ni dah terlampau banyak skrip.. dan juga terlalu banyak kebetulan.. dan yang paling baru tiba-tiba sahaja si Saiful ni dapat kekuatan nak bersumpah sehari sebelum penamaan calon untuk pilihanraya yang melibatkan orang yang dituduh. Emm.. apapun sepertimana yang dia kata, semua ni.. “kebetulan..” sebab Saiful tak tahu lansung pasal akan adanya Pilihanraya kecil di Permatang Pauh.. maklumlaa dah lama sangat duk berkurung.. aku tak pasti kat ceruk mana.. semestinya bukan kat Batu Caves.. khabarnya tempat ni Bala ngan Ayah Pin dah booking awal-awal.. punyala teruk dia memencilkan diri sampai tak tau apa jadi dalam negara.. kesian.. kesian.. Jangan tak percaya pulak!

Dalam dok ramai yang pakat bersumpah.. sorang lagi yang masih belum berbuat demikian.. sape lagi kalau bukan Pakcik Nuar yang desperate nak jadi Presiden republik Malaysia nih.. Orang sibuk tanya awat “Nuar desperado” tak bersumpah dan taknak bersumpah.. pada aku nak pelik apa.. memanglah dia tak perlu bersumpah sebab bukanke dia dah seadanya digelar “sesumpah” . Nak sumpah apa lagi?

Tak lama lepas berita si Saiful bermubahalah yang membuatkan sebahagian rakyat Malaysia ternganga sekejap memikirkan mungkinkah mamat ni akan dilaknat jika benda ni tak betul.. datang lak satu komen sepantas kilat dari Tok Jib supaya orang-orang kita ni boleh menilai sebaiknya.. dan sekali lagi diperingatkan benda ni takde kaitan dengan parti Tok Jib. Laa.. kalau dah takde kaitan.. wat apelah nak ulang banyak kali.. sebab ikut pengalaman akulaa.. makin banyak diulang makinlaa.. orang rasa ada kaitan.. Perbuatan Tok Jib ni mengingatkan aku pada satu kisah yang pernah disampaikan oleh cikgu sekolah aku zaman kecik-kecik dulu.. ianya tentang riwayat si Jalut dan Talut.. satu hari si Jalut ni telah melakukan curian di rumah si Talut.. kemudian barang-barang curian semuanya ditanam di satu tempat.. dan diletakkan pulak satu papan tanda ” Disini tidak ada barang curian si Talut”.. dalam sibuk berjalan di pasar pulak si Jalut tak habis-habis mengulangi ayat ” Saya tak mencuri di rumah Talut”.. heh! Sememangnya riwayat ni hanya rekaan semata-mata.. tak pasti pulak cerita Mubahalah ni juga rekaan.. Hanya Allah sahaja yang tahu.. kita tak berhak nak tentu hukum.. cuma tertanya-tanya apa Si Saiful buat di rumah dan juga di pejabat Tok Jib.. sebelum laporan polis dibuat.. aku rasa aku dah tahu jawapannya.. errr..

“Saya Jawab di Mahkamah”


’Ajax