fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Qatar Flights Flights to Johannesburg
Find Deals Discount Fares

Blog nuaeman

Blog, Blogger,Blogging.. asalkan jangan jadi Goblok!
Random Image

Blog untuk anda berkongsi ilmu, idea, tips, dan juga pengalaman. Have fun!!


Archive for August 15th, 2008


Al fatehah buat Ayahngah (1934-2008)

Dah seminggu pemergian ayahngah.. aku rasa macam dia masih ada lagi.. sebenarnya ini kali kedua aku buat posting ni.. entah apa kene dengan blog aku.. masuk jee hari Isnin 5 post terbaru aku hilang.. takde back up lak tu..hampir meragut semangat aku untuk terus mengemaskini blog ni.. bukan apa.. nanti bikin penat jee.. inilah sebahagian isi kandungan yang telah aku coretkan untuk post terakhir aku minggu lalu..

Rintik pagi jumaat mengiringi pemergian Ayahngah . Tak siapa sangka, tak siapa menduga tetapi semua sedar yang takkan ada sesiapapun mampu menghalang ketentuanNya. Abah yang sejak dari balik solat Jumaat masih termenung mengenang satu-satu abang kandungnya yang pergi dijemput ilahi pagi tadi.. aku hanya mampu duduk sebelah abah dan mengusap belakangnya tanpa sepatah kata..

Akhirnya abah bersuara memecah suasana pilu sejak tadi.. ” Dah pergi Ayahngah ko.. ingat.. aku.., masa aku terlantar jatuh motor dulu.. dialah yang selalu datang melawat.. bawak buah tangan, goreng pisang... ” Abah tak habiskan kata-kata.. jelas kelihatan air jernih di matanya.. ” Baik ko ajak abah ko tu makan.. dari subuh tadi tak jamah apapun lagi..” suara mak dari dapur mengejutkan aku .. puas aku pujuk abah untuk makan.. tapi belum lapar katanya.. aku tau dia masih bersedih.. aku biarkan abah melayan perasaannya seketika…

Kg Makam, Mersing 5.25 am 08.08.2008

Bunyi deringan telefon memecah kesunyian pagi.. Panggilan pagi-pagi buta ni memang buat darah mak berderau.. Mak sebenarnya dah sedia bangun dari jam 4 pagi lagi bagi menyiapkan kuih-kuih untuk dijual.. Di hujung talian kedengaran suara sedih chekNgah yang memberitahu keadaan ayahngah yang tak stabil. Mak segera siapkan apa yang perlu serta menggesa uda untuk memanggil abah yang sedang tarhim di surau.. Oleh kerana waktu subuh dah semakin hampir semua buat keputusan untuk bergerak selepas selesai solat subuh..

Siapu, Mersing 6.15 am 08.08.2008

Melihatkan keadaan Ayahngah.. seakan-akan memberi isyarat sesuatu akan berlaku di pagi Jumaat yang mulia ni.. Abah tak dapat menahan linangan air mata ketika membacakan surah Yassin bersama-sama mak dan chekngah. Ketika memegang kaki ayahngah begitu terasa kesejukan yang luar biasa.. yang mana membuatkan air mata abah terus mencurah.. dalam keadaan Ayahngah yang tercungap-cungap tu.. terlontar juga keluar dari mulutnya “Ya Allah” dan “Ya Rasulullah”. Syukurlah dalam keadaan begini Ayahngah tak lupa semua tu.. tak lama selepas tu Ambulan tiba untuk menjemput Ayahngah ke hospital..

Hospital Daerah, Mersing 6.55 am 08.08.2008

Sesampai sahaja di Hospital Ayahngah terus dikejarkan ke Unit Kecemasan dan semua yang mengiringinya tidak boleh ikut masuk.  Chekngah dan beberapa lagi yang turut sama ke hospital dinasihatkan balik dahulu. Tanpa banyak bicara semuanya menuruti untuk pulang dengan berbekalkan harapan yang senipis kulit bawang. Belum pun sempat memanaskan punggung tiba-tiba satu panggilan diterima dari pihak hospital untuk semua dapat kembali seberapa segera… Betapa luluhnya hati semua apabila melangkah sahaja masuk.. doktor menyatakan.. Ayahngah dah tak ada..

Urusan pengkebumian yang dirancangkan selepas Asar bagi menunggu kepulangan semua anak-anak dipercepatkan ke sebelum solat Jumaat. Memang eloklah perkara-perkara sebegini tidak dilengahkan. Jasad Ayahngah selamat disemadikan di tanah Perkuburan Islam Mersing.

Terima kasih yang tak terhingga buat Ustaz Arif dan juga AJK-AJK serta ahli PAS kawasan Mersing yang menguruskan Jenazah arwah dari awal hingga akhir. Jazakallah buat kalian semua. Tidak lupa buat Ustaz Halim serta anak yang kini berada di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru.. kerana koma setelah terlibat dalam satu kemalangan dalam usaha mengumpulkan jemaah bagi menguruskan jenazah. Moga anta kembali sembuh seadanya.

AlFatehah buat Haji Ismail bin Ngah ( Ayahngah ). Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman disana..

Amin…


’Ajax