Aug 31
Ramadhan Datang Lagi..!
icon1 nuaeman | icon2 Agama, Santai.. | icon4 08 31st, 2008| icon37 Comments »

Tinggal beberapa jam sahaja lagi bulan Syaaban akan melabuhkan tirainya dan Ramadhan menjelma semula setelah setahun berlalu. Syukur alhamdulillah bagi semua yang masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan tahun ni. Samada anak bulan nampak atau tidak esok tetap diistiharkan sebagai tarikh permulaan puasa oleh kerana kita lebih kepada mengikut Hisab tak macam dulu-dulu.

Sebagaimana semua dah sedia tahu bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat, keberkatan dan pengampunan. Peluang yang ada ni tak harus dilepaskan kerana belum pasti kita dapat merasa lagi Ramadhan berikutnya. Apapun jangan lah perkara kebaikkan yang dilakukan hanya terhad pada bulan Ramadhan sahaja seeloknya diteruskanlah kebulan-bulan seterusnya. Ini tidak, kononnya sebab menghormati bulan Ramadhan maka sebulan ni sajalah kita bersolat dan ada rasa nak jenguk Masjid dan Surau. Yang kakak-kakak pulak masa ni jeelaa sibuk nak bertudung litup lepas tu.. haram tak pandang. Dari sudut positif ok sikitlaa mereka-mereka ni dari yang terus takde rasa nak hormat dan nak berubah. Oleh kerana syaitan yang betul dah dirantai maka mereka pulak menjadi syaitan dalam rupa bentuk manusia.

Maka malam ni dah boleh start baca niat dan juga berterawih.. tak payahlah nak lepak memana pulak. Merdeka dah habis.. Moga Ramadhan kali menjadi begitu bermakna buat kita semua. Semua dah pasang niat dan perbetulkan niat sebelum masuk Ramadhankan.. harap-harap Allah menerima segala amal ibadah kita di bulan yang mulia ni serta apa yang kita dah rancangkan dari awal terlaksana. Amin..

Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak

Kita layan Nostalgia Upin dan Ipin nak menyambut Puasa.. heh!

Aug 30

Cukup sibuk hari ni.. dari pagi bawak kemalam aktiviti memang penuh. Lagi-lagilaa malam.. bukannya sibuk nak menyambut kemerdekaan tetapi sibuk kerana bulan Syaaban dah nak berakhir.

Menjadi tradisi di bulan Syaaban ni, masyarakat melayu Islam disini berebut buat majlis tahlil. Yang tercungap ialah tok-tok imam atau orang yang jadi tekonglah, kalau takde orang lain boleh takeover memang susah sebab tu digalakkan generasi-generasi muda ni ambil tahu sikit bab-bab ni. Bukan tak ada tapi yang jadi masalah jumlahnya begitu sedikit. Kene pulak kalau satu malam ada dua tiga biji rumah tak sempot “tekong”.

Satu lagi masalah bila tuan rumah yang tak faham dan keras hati. Selalunya turn siapa nak buat majlis tahlil ni dah diberitahu lebih awal jadi pihak ‘rakan masjid’ akan buat giliran. Bila dah ramai sangat adalah dinasihatkan supaya majlis dibuat di Masjid atau surau sahaja dan pihak yang berhasrat nak buat tu elok hantar jelah juadah ke Masjid. Jimat masa dan jimat tenagakan. Itupun ada yang susah nak fikir. Tetap berkeras nak buat kat rumah sendiri dahlah bagitau last minit.

Kenapa aku bebel pasal ni? sebab benda ni baru je terjadi sebentar tadi. Mengikut jadual turn rumah mak mertua aku malam ni tetapi si jiran sebelah ni pulak tetiba nak buat juga. Aku tak kisah tapi just beri pandangan apa kata kita sekalikan jee majlis tahlil kemudian samada buat jamuan sahaja kat rumah dia atau sekalikan jee jamuan. Di tolak mentah-mentahnya cadangan aku. Pada dia “umah ko.. umah ko, umah aku.. umah aku”. Adei! payah orang camni.. dahlah tanggungjawab kita juga nak tolong jemputkan orang bagi pihak dia. Tak boleh berunding pulak tu..

Maka memang tercungaplaa malam ni.. Aku cuma merungut pasal sikap manusia jee.. tentang tanggungjawab melancarkan majlis ni kita tetap teruskan.. tapi cuba fahamlaa sikit tok-tok imam dan “rakan masjid” ni nak berhibur jugak.Bagilaa diorang balik awal sikit.. Mereka dah topup siang-siang sebab nak mengundi si Azhan di Akademi Nasyid malam nih. Almaklum orang Johor.. duduk lak dekat-dekat sini.Populariti si Azhan ni sampai dibawak membuat persembahan di ceramah ‘abang mat’ dua minggu lepas.

Kiranya malam merdeka aku dihiasi dengan majlis tahlil sahaja.. suka jugak tengok bebudak muda ada bersama tadi sebab selalunya remaja cam depa lebih suka duduk di dataran atau Danga Bay malam-malam merdeka begini. Kiranya ada lagi generasi yang boleh diharapkan untuk majlis-majlis sebegini. Dalam aku mengakhiri tulisan aku ni.. Azhan baru sahaja diumumkan sebagai Juara Akademi Nasyid. Sekalung tahniah dari aku.

Salam Kemerdekaan dan Selamat Tinggal Syaaban.

Aug 29

Maka hari ini berkumpullah segala pemimpin tertinggi di negeri anta berantah untuk mendengar titah ucapan sang memanda menteri berkenaan belanjawan atau sekarang lebih senang disebut “bajet” yang mana satu lagi perkataan jawa yang telah digunapakai supaya nampak dasar pandang ke timurnya negeri ini.

Semua seakan tidak sabar menanti apakah yang akan di sampaikan oleh memanda menteri kali ini. Bukan sahaja menteri-menteri bawahan yang semua datang dengan kipas hikmat mereka bahkan jerung-jerung yang berperut besar sedang menunggu dengan penuh minat apakah ruang dan peluang untuk mereka menyusup masuk dalam pada usaha untuk menambah kekayaan.

Di satu sudut lain begitu ramai rakyat jelata juga ternanti-nanti pembentangan dari memanda menteri . Mereka sedar dan bersyukur sangat berada di negeri ini kerana pemimpin-pemimpin atasan amat prihatin pada masalah mereka dan sebagai rakyat yang hidup umpama peminta sedekah ini mereka tak seharusnya mempersoal apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan negeri . Dengan itu mereka hanya mengharap sedikit ikhsan dari memanda menteri untuk sedekahkan seringgit dua kepada mereka atas nama “subsidi”. Itupun jika ada kalau tak ada mereka tahu kerajaan negeri dah terlalu banyak berkorban untuk rakyat maka mereka sememangnya dah terlalu faham dan kene faham semua tu.

Suasana menjadi hening seketika bila memanda menteri mula naik ke pentas untuk memulakan pembentangannya. Agak lewat juga memanda menteri sampai tadi katanya tertidur sebentar di kereta tetapi ingat beliau tidak lena. Dengan senyum kucing memanda menteri mula membaca teks pembentangan yang katanya baru disiapkan subuh tadi.

Lebih kurang 2 jam memanda menteri membahaskan kertas pembentangan sebelum ditutup dengan rasmi yang juga dihiasi dengan senyum kucing beserta harapan semua puas dengan langkah bajetnya kali ini. Ada 4 perkara penting yang baru ditambah oleh memanda menteri dalam ucapan bajetnya kali ini.

  1. Sekian juta diperuntukkan untuk biasiswa kepada para pelajar yang ditendang kolej atau universiti. Ini sebagai langkah menghargai usaha murni mereka tetapi sesiapa yang ingin memohon perlu beratur di pejabat timbalan memanda menteri.
  2. Sekian billion pula akan diperuntukkan untuk mendidik dan mengajar sebahagian katak-katak di kepulauan borneo merayap supaya mereka tidak lagi melompat.
  3. Beberapa ribu dikhaskan untuk menerbitkan sebuah kitab “Bagaimana kaedah Bersumpah/Bermubahalah dengan Betul ” yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Anta Berantah dan diedarkan kepada seluruh menteri dan bekas menteri.
  4. Lebih sekian juta diperuntukkan pula untuk menerbitkan satu risalah kecil bagi diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat jelata. Risalah ini dinamakan “ Memahami Definisi Subsidi”

Pelbagai reaksi dari menteri hingga ke rakyat jelata berkenaan bentangan bajet memanda menteri kali ini. Rata-rata menteri mengatakan ini adalah bajet yang terbaik pernah mereka dengar selama mereka hidup. Rata-rata rakyat jelata pula begitu terharu dengan pembentangan yang dibahaskan sebentar tadi. Ada yang menangis kerana tidak dapat menahan rasa terharu mereka dengan langkah kerajaan yang pemurah ini. Memanda menteri sudah tiada di dewan ketika para wartawan cuba mendapatkan pandangannya. Diberitakan beliau telah tertidur kembali didalam kereta kerana terlalu lama berucap.. Owh!

*Kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kene mengene dengan yang hidup atau yang mati sekiranya berkenaan ianya terjadi secara KEBETULAN. :D

Aug 28

Kebanyakan ‘peel’ orang Islam di negara kita ni pelik dan aku tak nafikan yang mungkin aku sendiri tergolong dikalangan umat-umat yang pelik dan keliru ni. Bukan sahaja keliru tentang dosa pahala malah kita sering terlupa atau mungkin sengaja tak pandang mana satu dosa yang lebih berat disebabkan kebiasaan yang dah lama terjajah dalam benak pemikiran hingga wujudnya kejahilan tanpa disedari.

Kalau tak faham aku beri satu contoh pada perbualan dua makhluk ni:

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Amacam? Paham sekarang? Bukanke orang kita ramai macam ni.. (tak terkecuali aku.. :) )kalau bab anjing atau lebih-lebih lagi babi@khinzir bukan main najis pada kita tapi perbuatan seharian yang selalu dosanya lebih teruk dari soal sentuh anjing dan babi sikit pun kita tak heran. Tak pelik ke?

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) antara bukan muhrim adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi. Erk!

Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

Benda ni dah lama dan terus-terusan berlaku. Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya jawapannya ya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

Ini sebenarnya bingkisan seorang teman yang telah lama diberikan sebagai peringatan. Rasanya elok juga dikongsikan walau status aku sekarang dah tak beraweks lagi.. tapi masih ada ‘tangan-tangan yang berlawanan jantina semestinya bukan dikalangan muhrim’ dihulurkan untuk berjabat..

Aug 27

Sepertimana dijangka Pak Syeikh Anwar Ibrahim akhirnya berjaya memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh. Tahniah diucapkan.. tapi perlu diingat kemenangan ini bukan saja-saja.. tuhan kasi peluang untuk Pak Syeikh kotakan apa yang dikata. Sekarang rakyat dah bagi mandat maka pandai-pandailaa jaga dan ingat moga takdelah nanti orang kata Pak Syeikh kita hanya pandai temberang, sebelum ni kehulu kehilir bersurah.. kononnya macam-macam nak dibuat untuk rakyat.. tapi hakikat sebenar Pak Syeikh juga kaki sebat. Ada yang kata sebat takpe tapi jangan liwat.. opss..

Aku tertarik bila Pak Syeikh kata akan membentuk kerajaan baru pada 16 September bersempena tarikh penubuhan Malaysia. Bukan aku ghairah nak ada Presiden baru republik Malaysia tapi tentang ingatan yang diberikan.. Sedia maklum ramai antara kita yang ingat sangat tarikh Merdeka serta menyangkakan itulah tarikh terbentuknya negara Malaysia. Benda ni ada dalam kepala otak pun atas sebab ada sambutan besar-besaran setiap tahun.. cuba kalau takde.. dah tentu nasibnya sama dengan beberapa hari besar umat Islam yang terus makin luput ditelan waktu.

Mengikut Sejarah laungan “MERDEKA” oleh Tunku Abdul Rahman bukan sahaja dilakukan pada tanggal 31 Ogos 1957 tetapi laungan yang sama telah dibuat sebanyak 7 kali ketika penubuhan Persekutuan Malaysia 6 tahun berikutnya di Stadium Merdeka. Diberitakan tarikhnya bersamaan dengan 16 September 1963 ( mengikut sebahagian maklumat dah terjadi hujan ribut pada 16 september tu.. dan ditunda tarikh peisytiharan ke 17 September ). Pada hari bersejarah tersebut Singapura, Sarawak dan Sabah yang dulunya dikenali sebagai Borneo Utara telah secara rasmi bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia sebagaimana yang telah dipersetujui melalui satu perjanjian yang dilakukan di Pejabat Perhubungan Komanwel, London pada 9 Julai 1963. Apapun Singapura telah menarik diri dari gabungan ini pada tahun 1965 maka tinggalkan negeri-negeri yang ada tu sehingga sekarang.

Ini fakta yang semakin dilupakan generasi kini disebabkan tiada countdown serta percikan bunga api pada detik 12 malam 15 September. Tambah buruk bila wujud pemesongan fakta yang menyatakan Malaysia tertubuh pada 31 Ogos 1957. Adei!

Aug 26

Hari yang dinanti-nanti oleh sekelian pemerhati politik baik didalam dan juga diluar negara dah tiba. Maka seluruh penghuni di Parlimen Permatang Pauh yang layak mengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.. Sememangnya ini antara pilihanraya kecil yang dinanti penuh debaran.. Soal siapa yang akan menang seakan boleh diteka..tetapi apa sahaja boleh berlaku.. dan aku cuma harap segalanya dijalankan dengan bersih.

Semalam aku sempat berbual dengan seorang teman, rakan pada salah seorang SB di Permatang Pauh. Menurutnya berdasarkan survey, Anwar mendahului lebih kurang 19,000 undi sebab itu BN berkempen mati-matian tetapi jangan mudah percaya.. ini hanya sekadar berita cakap mulut dan aku bukan penyebar berita half truth walaupun berita-berita begini terkadang ada betulnya. Mungkin juga satu kebetulan.. aku tak nafikan itu semua.. Masih ingat pada pilihanraya umum March lalu.. aku dibawakan berita yang lebih kurang sama.. berkenaan keadaan di kawasan-kawasan di sekitar JB sehari sebelum pilihanraya.. kalangan orang-orang atasan UMNO dah bagitau DAP akan menang di Skudai begitu juga kawasan-kawsan lain yang akan terus dikuasai BN. Secara kebetulan apa yang mereka katakan itu betul.. tetapi Tsunami Politik yang berlaku tu tak pulak mereka jangkakan..

Lepas ni suasana di Permatang Pauh akan kembali seperti biasa setelah 10 hari Pesta ” Jom Fitnah ” diadakan.. Mulut dan Telinga penghuninya mungkin dah boleh dicuci setelah beberapa hari dipaksa bercakap dan mendengar cerita-cerita sensasi dan lucah dari para pemimpin, tak kiralah belah manapun.. tak terkecuali orang-orang luar Permatang Pauh yang cuba curi-curi dengar.. pada aku kebanyakkan dari cerita-cerita yang disampaikan adalah lebih kepada cerita half truth.. yang tiba-tiba datang dan senyap selepas pilihanraya.. sama jugak macam sesetengah wakil rakyat yang hanya pernah nampak muka masa berkempen sahaja.. tak perlu cakap lebih.. sendiri boleh fikir..

Lepas nih juga.. Permatang Pauh akan sunyi dari suara-suara pelacur yang akan balik ke ceruk masing-masing.. Ini bukan pelacur biasa.. ini pelacur ada “class..” selama 10 hari mereka melacurkan ayat-ayat tuhan demi kepentingan peribadi.. walau ada yang tak kenal tikar sembahyang.. tapi dah macam pak syeikh bila melontarkan kata-kata.. yang terkadang menggelikan telinga aku mendengar.. penduduk Permatang Pauh sendiri ada yang melopong bila melihatkan keadaan ni.. terfikir sendiri.. camne tiba-tiba pakcik dan datuk-datuk ni bertukar status menjadi Tok Guru, Ustaz dan Pak Kiyai.. bukan apa nak tahu juga kalau depa ni ada buka Sekolah Pondok kat mana-mana.. boleh mereka tempatkan anak-anak mereka nanti.. cuma silibus pelajaran tu agak kurang pasti apakah anak-anak mereka nanti akan diajar ilmu agama atau ilmu melacur…

Tak kurang juga ada budak-budak tua berkempen.. kenapa aku panggil budak-budak tua? sebab peelnya macam budak-budak walaupun semua dah boleh bergelar bapak dan datuk (ini datuk ada cucu..).. mulalah bebudak ni bersumpah sana dan sini.. kemudian mencabar orang lain ikut serta bersumpah.. ditambah lak dengan datangnya raja sumpah untuk menghirup sisa-sisa kahak dan lendir dari sumpah keramatnya yang dulu.. trend bersumpah yang diwujudkan kat Permatang Pauh ni.. mengingatkan zaman kanak-kanak aku yang kerap bermain sumpah bila ada apa sahaja berlaku bagi membuktikan diri tak bersalah.. sebenarnya tu semua terpengaruh dengan cerita -cerita Allahyarham Tan Sri P Ramlee.. mungkin juga mereka yang datang ke Permatang Pauh untuk bersumpah ni juga adalah salah seorang peminat filem-filem P. Ramlee.. Owh.. tak heranlaa macam tu..

Aku cuma harap suasana kat Permatang Pauh akan kembali aman lepas ni.. kita tunggu apa sahaja keputusan pukul 8 malam nih.. tak kira siapa pun yang menang.. tugas pembersihan tetap perlu dilaksanakan oleh rakyat Permatang Pauh.. dah terlalu banyak kekotoran dan semak dibawa ke bumi mereka dalam tempoh 10 hari nih.. bukan sahaja kertas-kertas poster yang bertaburan di merata ceruk.. tetapi segala najis, kahak dan lendir fitnah yang ditabur merata perlu dicuci.

Selamat Mengundi!

« Previous Entries