07
Deco Ke Chelsea: Scolari dah mulakan pemburuan..
Posted by | Posted in sukan | Posted on 07-07-2008
Bulan Julai ni kalau bab bola yang seronoknya melihat jual beli pemain di Eropah.. khususnya English Premier League. err.. bukan aku tak ambil tau hal bola sepak kat negara kita.. cuma faham-faham jelaa.. sampai Prof Khoo Khay Kim sendiri pun dah suarakan kekecewaannya dengan tahap bola sepak kita.. so kita ketepikan dulu cerita bola sepak kita yee.. nanti ceritalaa.. hehe..

Minggu lepas Chelsea dah mula menunjukkan kuasa membelinya dengan mendapatkan bintang FC Barcelona
, Deco. Aku memang dah agak pun.. dengan adanya Scolari kat Stanford Bridge makin mudahlaa si Abramovich ni nak dapatkan Deco serta beberapa player Portugal tapi apapun Ronaldo tetap milik United.. hoho.. Nampaknya Scolari semakin ghairah untuk membeli player baru.. apa nak herankan.. kantung si Jutawan Russia ni memang sangat besar.. cakap jee siapa yang beliau berminat.., duit memang no hal bagi Roman Abramovich dan baru beberapa jam saja tadi mereka dah membuat bidaan yang tinggi untuk mendapatkan Kaka. Dasyat betullaa diorang ni.. tak agak-agak berbelanja.. Ini belum kira soal pemiliknya nakkan beberapa palyer russia dibawa masuk.. emm dah tentu nama Andrei Arshavin mendahului senarai.. tak takut rugi diorang ni.. apa diorang ingat boleh kalahkan Juara Eropah ke.. erkk.. siapa..? Siapa lagi.. Man United laa..
Buat masa ni aku nampak Chelsea yang begitu beriya nak beli player even si Adebayor pun nak disunting keluar dari Stadium Emirates. Luka Modric dah menjadi milik Spurs dengan yuran perpindahan 16.8 juta pound. Arsenal hanya mampu berbangga atas kejayaan mendapatkan bintang muda dari Cardiff, Aaron Ramsey dan mungkin dalam beberapa hari lagi impian mereka membawa masuk Samri Nasri dari Marseille akan menjadi kenyataan. Liverpool.. emm. pasukan yang kekeringan piala nii mungkin akan membelanjakan 7 juta pound bagi menandatangani Andrea Dossena dari Udinese dan usaha memikat Gareth Barry dari Villa masih lagi berjalan.. tapi si Rafa ni bawa masuk ramai-ramai player..pun.. boleh menang ke.. hehe. ( Maap penyokong Liverpool.. macam provoke nih..)
Akhir sekali.. pasukan kebanggaan aku.. Manchester United juga belum melakukan sebarang pembelian.. dengan isu perpindahan Ronaldo masih belum reda walaupun kakaknya memberitahu mamat ni masih nak kekal di Old Trafford. Setelah terlepas untuk mendapatkan Aaron Ramsey.. Man United masih memburu beberapa bintang utama.. kita tunggu jeelaa berita terkini nanti.. Aku nak pegi order jersey terbaru Man U dulu.. lawa sungguh tengokkan jersey awaynya kali ni.. sesiapa yang berminat untuk dapatkan jersey kelab kesayangan mereka boleh dapatkan kat sini. Ada macam-macam jersey kat situ.. materialnya dun worry.. gred double A tuh.. harga?? haha.. RM 35 jee.. mana nak cari.. Jom Serbu..!


