Bila matahari terbit dari barat…

Posted by | Posted in Agama, Pembangunan Diri | Posted on 26-06-2008

Aku terlepas lagi aksi EURO malam tadi.. ish! pepagi dengar pulak berita Germany yang menang.. aduuuh..! tak seronok betul!! ikutkan malam tadi lepas siapkan beberapa projek serta artikel nak lelapkan mata dalam sejam.. sedar-sedar dah azan subuh..huhu.. melepas lagi.. huh! tapikan.. bila kenang-kenang balik kita ni kalau berkenaan dengan bab-bab dunia.. terkilan sungguh kalau terlepas.. seolah-olah sesuatu benda tu macam begitu penting untuk kita, tapi kalau yang berkenaan dengan akhirat tu.. buat selamba dek.. jeekan. Contohlaa dalam bab solat, kalau terlambat tu macam takde apa.. jee.. ( mungkin tak semualaa tapi aku tahu ramai camni..) rileks.. lagi. Bila agaknya nak sedar.? takkan nak tunggu sampai matahari terbit dari barat kot..?

Cerita pasal matahari terbit dari barat ni aku ingat pulak satu message yang aku terima berkenaan maklumat dari Dato’ Dr Harun Din. Menurut message ni matahari telahpun terbit dari barat di Planet Marikh dan fenomena yang sama juga akan berlaku di bumi kita kelak. Bila diajukan kesahihannya, Dr Haron Din sendiri mengiyakan yang mana maklumat tersebut ada sumbernya. Menurut beliau maklumat ini diperolehi daripada artikel di majalah al-Mujtamak, sebuah majalah antarabangsa.

Apa yang diceritakan dalam artikel tersebut ialah tentang putaran Planet Marikh yang terhenti pada 30 Julai 2005 dan berpatah balik putarannya ke belakang dari menghala ketimur ke putaran menghala ke barat. Menurut pakar kaji bintang fenomena tersebut dipanggil ‘ retograde motion ‘ yang mana ianya menghasilkan perubahan yang begitu ketara kepada matahari yang selama ini naik dari arah timur di atas Marikh, telah berlaku perubahan drastik, naik dari arah barat dan jatuh pula ke arah timur. Apabila ini berlaku keatas Planet Marikh maka ianya tidak mustahil akan berlaku juga kepada bumi.

Itu dari segi sainslah, walaubagaimanapun jika diteliti benda ni memang suatu hakikat bukan? Cuba kita rujuk balik hadis-hadis sahih antaranya..

Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya): ” Dari Abu Hurairah mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat, sehinggalah matahari berubah arah, naik dari barat dan turun ke arah timur. Apabila berlaku sedemikian nanti, banyaklah manusia kufur akan memeluk Islam ketika itu, akan tetapi beriman di waktu itu tidak berguna sekiranya mereka tidak beriman sebelumnya. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain..

Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya) : “Sesungguhnya Allah SWT membuka peluang kepada orang-orang yang berdosa pada siang hari agar segera bertaubat pada malam hari, dan membuka peluang yang berdosa pada malam hari,agar segera bertaubat pada siang hari, sehinggalah matahari bertukar arah,naik dari barat, turun ke arah timur.” (Hadis Riwayat Muslim)

Fuh.. menyeramkan dan menginsafkan betul. Soal fenomena yang diceritakan tu betul atau tidak.., bukan pokok persoalan.. kerana yang nyatanya benda ni pasti akan berlaku. Bila..? itu urusan Allah taala tetapi yang penting sekarang adalah diri kita yang masih tak sedar-sedar lagi.. huh..! rasanya aku berangkat dululah.. Zuhur pun dah dekat nih..

salam…

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Qatar Flights Flights to Johannesburg
Find Deals Discount Fares