23
Hebatnya kuasa Tuhan…
Posted by | Posted in Agama, Pengalaman | Posted on 23-06-2008
Agak mengantuk hari ni.. ditambah pulak dengan hari Isnin huh! memang badan rasa lemah jee nak buat kerja.. Lagipun hari ni memang tak banyak kerja.. Pagi-pagi dah sedia ngan “to do list” yang mana first thing nak buat ialah praktikkan kaedah buat duit yang baru dibeli dari Titan.. tup-tup.. program tu buat hal pulak.. berkali-kali letak email address masih lagi result nya “invalid email address”.. argghh.!!
Takpe.. Next..! Kali ni aku pergi website din beramboi pulak untuk download kaedah buat duit dengan Nuffnang.. Alhamdulillah.. berjaya dimuat turun dengan jayanya..
jeng. jeng.. jeng.. dengan senyum lebar aku mula buka file tu.. Erkk!! keluar lak message ” Error Bad Block” .. Apa kejadah pulak nih! okeh… sabar.. sabar.. aku try extract pulak.. mak aihh.. pun kene block gak.. Hampeh!! Apa malang daa..
Last-last aku termenung mengingatkan apa yang berlaku pada aku seawal pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja.. memang ianya betul-betul menggambarkan kuasa dan kehebatan Allah SWT. Aku agak terlambat sebenarnya ke tempat kerja pagi tadi.. dan dalam perjalanan pulak tiba-tiba jammed teruk di lebuhraya Pasir Gudang. Arggh!!.. tension betul.. dah tentu habis minyak yang aku baru sahaja tuang. Nak jadi cerita temp kereta aku pun entah apa sengalnya tetiba jadi begitu panas.. jarum temp sedikit demi sedikit naik hinggalah tinggal betul-betul bersebelahan dengan bahagian bewarna merah tu.. huhuhu.. tak senang duduk aku dan wife aku.. Pada masa yang sama kami sama-sama berzikir dan berdoa pada Allah.. supaya kereta aku tak buat hal.. dalam kami sama-sama menyebut ” Ya Allah.. Ya Allah..” satu keajaiban berlaku yang mana jarum temp tu secara perlahan-lahan turun… Ya Allah.. syukur sangat-sangat.. kalau tidak dengan pertolongan dan kehendakNya sure kereta aku dah tersadai kat tengah jalan dan bukan tu saje.. memang confirm kene hon bertalu-talu punya.. mesti muka paiseh.. je.. huh!

Itu pengalaman yang betul-betul terjadi keatas diri aku seawal pagi tadi.. apapun aku tetap lewat lebih kurang 1 jam. Tak kisahlaa.. janji kereta aku tak mati dan kitaorang pun selamat sampai.. Tak tahu apa lagi nak cakap.. disamping kesyukuran yang amat sangat.. hati ini berkata.. Hebatnya kuasa tuhan…..


